Ceritanya begini, hasrat Ayahanda Pengetua, nak panggang rusa untuk hidangan para tetamu di hari rumah terbukanya pada 25 september/16 Syawal 1431H. Ayohngoh kata boleh, kita panggang sekor-sekor ustaz, seronok. Boleh masak ke? tanya kawan-kawan. Boleh... kalau lambat masak kita buang sikit-sikit yang dah masak, macam orang masak kebab... jawab ayohngoh.... kononnya mudah.
Sehari sebelum kejadian, Ayohngoh dan rakan ke ladang ternak untuk acara pembelian dan penyembelihan. Skuad kami ditemani oleh Tuan Haji Abdul Halim ayahanda kepada Encik Abdullah Zahidi.
.jpg)
Plan B punya pasal dua ekor rusa kami beli dan sembelih. Plan A, asalnya nak buat di dewan sekolah semasa ramah tamah peringkat sekolah tetapi tak sempat. Bila berubah lokasi sambutan, iaitu rumah pengetua maka dari seekor rusa bertukar menjadi dua ekor.
.jpg)
.jpg)
.jpg)
Dengan lafaz Bismillahi Akbar, rusa pertama dikorbankan oleh tukang sembelih SMK Agama Miri
.jpg)
.jpg)
Rancangan asal balik kurang lebih pukul 4.00 petang. Sampai-sampai di depan rumah pengetua jam hampir 6.00 petang. Akhirnya orang azan maghrib kita masih rancak melapah rusa. Lepas solat maghrib di rumah rakan yang berjiran dengan lokasi kejadian, kerja-kerja melapah disambung kembali.
Lain yang nak diangkat skuad, lain pula yang diangkat Ustaz Shahdan. Yang di atas pokok tu jangan digantung, takut membazir banyak sangat dagingnya..
.jpg)
.jpg)
Setelah siap dilapah dan dibersihkan. Acara menyapu segala rempah-rempah dibuat. Acara ini disambung Chef esoknya dengan bahan-bahan yang lebih pior lagi.
.jpg)
.jpg)
.jpg)
Cerita pasal tempat memanggang. Tempat dan bahan-bahan semua ok, kata kawan-kawan. Kita siapkan esok semuanya. Sekejap je. Hidupkan api lebih awal dalam jam 3.30, jam 4.00 kita mula memanggang, pinta ketua skuad memasak. Api tak lama, ada orang yang berpengalaman. InsyaAllah segalanya selamat.
Ada rakan yang mencadangkan agar rusa tu direbus seketika baru panggang namun keyakinan punya pasal (اليقين لا يزال باشك) Ayohngoh kata, tak apa, masak insyaAllah, asal api dapat dihidupkan lebih awal. Beres kata ahli-ahli.
Kita hanya merancang Allah yang menentukan. Esoknya jam 6.00 petang api belum lagi hidup sepenuhnya. Akhirnya dengan api yang menyala-nyala sang rusa pun diletak di tempat yang disediakan.
Tunggu punya tunggu. Tempat pemanggang yang awalnya tinggi, semakin direndahkan.
.jpg)

Apabila jam menunjukkan hampir pukul 8.00 malam, yang dipanggang belum ada apa-apa perubahan. Hati mula gabrah. Nanti tak masaklah. Nanti tetamu tanya-tanya mengapa daging rusa tak nampaklah. Hati chef makin kelam kabut.
Sebahagian kawan dah solat isyak untuk memulakan acara tahlil dan doa selamat. Kelam kerabut lagi. Akhirnya mesyuarat AJK tugas-tugas khas diadakan. Mesyuarat memutuskan,daging-daging dipotong dan dipanggang sedikit demi sedikit di atas jaring besi yang disediakan. Barulah menampakkan hasil, hati pun lega sikit, sehinggalah semua tetamu dapat merasai keenakan daging rusa panggang kelam kerabut.
.jpg)
.jpg)
.jpg)
Potong punya potong, yang tinggal hanya tulang-tulang.
.jpg)
Maknanya bukan mudah sesuatu yang dipandang mudah dan bukan susah sesuatu itu walau dipandang susah... yang penting perancangan dan kerjasama yang baik.
Sekali lagi rasa syukur dipanjat terhadap Ilahi, program kali ini walau sedikit kelam kabut namun kerjasama, komitmen dan kemesraan terjalin indah.
.jpg)
Akhirnya, Ayohngoh mengucapkan sekalung penghargaan kepada semua yang terlibat secara langsung mahu pun tidak langsung dalam menjayakan sambutan kali ini. Di samping itu, kami menyeru lebih ramai lagi yang turut memberikan komitmen serta kerjasama sebegini agar ukhuwwah dan ikatan kekeluargaan warga SMKAM kian terserlah dan mendapati keberkatan Ilahi, insyaAllah.
Moral of the story:
-Kerja berpasukan melahirkan hasil yang lebih mantop
-Pandangan dan idea ahli atau rakan satu perkongsian
-Tepati masa
-Pengalaman perlu dicari jangan menanti
-Hari ini kita membantu orang insyaAllah esok Allah membantu kita
No comments:
Post a Comment