;

Tuesday, June 1, 2010

Glamour La Kononnya

Mana tak glamour sepanjang hari dihubungi rakan taulan bertanyakan cerita sebenar mengapa boleh terpapar gambar dalam surat khabar berbahsa cina? Jawapannya mudah, orang glamour biasalah….. kononnya.

Kisahnya anakanda pertama ku,semakam 29 Mei, Kak Long salah landing daripada sofa di rumah menyebabkan tangan kanannya terkulai macam patah. Cara paling selamat dibawa ku terus ke hospital. Sampai di unit kecemasan adalah seseorang mengambil gambar kami bertiga, abi, ummi dan along. Tak perasan pula dia tu wartawan. Kalau tahu banyak snap lagi disuruh ambil. Orang kata, alang-alang masuk surat khabar biar penuh semuka.

Bila siap dix-ray ternyata yang tangan along patah dan kena tahan diwad. Mula-mula di daftarkan dalam wad 2 tetapi bila ditanya tetang umur kena dipindahkan ke wad dewasa, wad 7 walau baru tiga hari mencecah umur 12 tahun. Kami akur sahaja, mungkin dah biasa dengan aku yang menurut perintah.

Setiba di wad 7, baru jelas, rupa-rupanya dalam wad ni kebanyakan orang yang dah berumur. Kesemuanya mangsa patah, ada yang patah pinggang, patah paha, patah kaki, patah lengan dan sebagainya. Semakin tension le pesakit di katil 16 ni.(along). Lagi tension kedua-dua penjaganya. Nasib baik ada juga makcik yang sedang menjaga anaknya dan seorang adik berbangsa iban yang tabah menjaga neneknya yang mengalami masalah pinggang dan mati sebelah badan akibat kemalangan jalan raya. Ditambah lagi dengan kunjungan rakan dan taulan, serta tanya khabar melalui panggilan dan SMS. Pendek kata, disebalik dugaan yang menimpa along tersembunyi seribu hikmah yang diselitkan Ilahi.

ربنا ما خلقت هذا باطلا سبحانك فقنا عذاب النار

Berbalik tentang kisah glamour, hari minggu iaitu hari kedua kami di hospital, ummi mula menerima panggilan bertanyakan tentang kisah berita yang terpapar di akhbar berbahasa cina. Sekejap ummi terima lagi panggilan berkaitan perkara yang sama. Begitulah seterusnya sehingga tersebarlah kepada kawan-kawan tentang kisah muka kami tertera di dada akhbar cina berkenaan. Yang kelakarnya walau pun yang menelifon tu ada melihat sendiri paparan berkenaan tetapi masih bertanya lagi kenapa dan kenapa. Kisahnya kebanyakan yang bertanya tu tak faham bahasa cina. Tengok gambar sahaja, kebetulan mereka beli akhbar berkenaan nak tengok berita bergambar tentang kemalangan arwah Cikgu Habdillah. Jadi, tumpang tuah le kami bertiga.

Yang lawaknya, kami sendiri pun belum lagi melihat akhbar berkenaan. Bila dapat nanti kita paparkan di sini insyaAllah. Buat kenangan.

4 comments:

[tErOmPaH bIrU] said...

wahhh.. terkezut Ga baca crita tok Abe :(
so, camnie la Along skrg tok?.. masih admit spital ka.. dah balit rumah..

AyohNgoh1970 said...

Thanks... nya masih di sepital, sik tahu sampei bila... asalnya doktor nak buat pembedahan tapi nya batuk sik dapat lah..

gjah said...

salam..
ustaz, tkejut sy bca parttok..
knk along ustaz??
sy lom bc abiz gk ustaz..

gjah said...

tauk dha sy ustaz.. cian along..

cmne nya kink la?? ok dha nya??