Komunikasi merupakan perhubungan yang perlu wujud antara satu pihak dengan pihak yang lain untuk memastikan kelicinan sesuatu urusan tanpa timbulnya permasalahan-permasalahan yang tidak diundang.
Perhubungan yang erat antara dua pihak mampu merungkai seribu permasalahan yang timbul, samada permasalahan dalaman mahupun luaran.
Komunikasi berkesan adalah perhubungan yang terjalin atas dasar rasa saling hormat menghormati antara satu sama lain serta atas dasar bertolak ansur dan saling faham memahami antara satu sama lain.
Ianya juga bisa mewujudkan suasana kerja yang ceria dalam sesebuah organisasi atau institusi di mana semua pihak saling ingat mengingati dan saling tegur menegur antara satu sama lain demi kepentingan bersama bukan kepentingan individu atau peribadi.
Lebih menyeronokan apabila komunikasi yang erat itu diselit gurau senda serta usik mengusik yang tidak keterlaluan dan sebagainya. Suasana sebegini pasti akan melahirkan rasa ukhuwwah dan persaudaraan walau berbeza usia, pangkat, bangsa mahu pun agama. Pasti satu pihak akan merasai kekurangan apabila ketiadaan satu pihak yang lain.
Inilah ikatan yang disebut oleh Rasulullah s.a.w. di dalam hadis baginda yang bermaksud; Orang mukmin dengan mukmin yang lain diibaratkan seperti sebuah bangunan, saling kuat menguat antara satu sama lain.
Di hospital contohnya, bukankah keceriaan dan keseronokan yang ada di hospital mampu mengurangkan kesengsaraan insan yang dicoba Ilahi dengan pelbagai penyakit. Rasanya boleh juga bila dikatakan keceriaan dan keseronokan sedemikian mampu mempercepatkan sembuh dan sihatnya seseorangyang sakit.
Sebagai jururawat, mereka lebih hampir dengan pesakit berbanding doktor kerana mereka sentiasa memantau dan melihat pesakit, pagi, tengahari, petang, malam, dinihari dan terkadang tak kira masa. Cemerlangkah seorang jururawat yang tidak mengenali rakan setugas? Cemerlangkah seorang jururawat yang tidak mengenali siapa pesakitnya? Cemerlangkah seorang jururawat yang tidak mengenali siapa waris si pesakit? Juga dimana kurangnya kalau si waris pesakit bertegur sapa dan mengenali jururawat yang bertugas membantu warisnya?
Apa kekurangan yang akan diperolehi jururawat sekiranya mesra dengan pesakit juga warisnya?

Sebagai contoh, tengah pesakit dan waris berborak tentang kesihatan, datang jururawat yang bertugas minta maaf atas gangguan dan minta izin untuk memberi ubat dan sebagainya sambil berkenal-kenalan sekadar perlu. Apa salahnya?
Apa kelebihan yang diperolehi sekiranya kerjanya melulu tak hirau ada orang kah atau tidak, datang tanpa salam dan tanpa kalam, terus membuat itu dan ini?
Kata orang tua-tua, muka tak manis pun tak apa, asalkan mulut manis. Mulut manis maksudnya sentiasa bertegur sapa tanpa mengira bangsa atau rupa.
Jom kita selusuri cerita Ayohngoh baru-baru ni semasa di hospital menemani anak yang ditahan di wad 7.
Suatu malam semasa nak menggunakan alat pencair kahak sebagaimana yang diguna pakai orang asma, datanglah seorang jururawat dengan membawa alatan tersebut lalu memasangnya dan memberikan kepada Ayohngoh untuk diletakkan di hidung dan mulut anak yang sakit tanpa penerangan dan tanpa pemantauan.

Bayangkan dari jam hampir pukul 2 pagi sampai jam 3.00 pagi baru ditutup suisnya dengan seungkap ucapan, okay dah habis dah.
Rupa-rupanya selepas 40 minit yang pertama Ayohngoh turut terlelap sabagaimana terlelapnya pesakit. Keraguan tetap ada bermain di benak Ayohngoh kerana kebiasaannya alat ini berasap dan tak lama tempoh penggunaannya. Tetapi kali ini dah la tak berasap tempoh masanya pula amat lama. Nak bertanya takut sememangnya alat di hospital tiada asap dan memerlukan masa yang panjang.
Keesokan hari, apabila masa untuk aktiviti yang sama buat kali kedua, jururawat sesi pagi pun datang dengan alatan yang sama dan apabila melihat anak Ayohngoh baring disuruhnya duduk takut-takut ubat cecair yang diguna pakai tak terkena dengan hujung hos kecil di dalamnya. Bila dipasangnya suis, dilihatnya tiada asap yang keluar. Jururawat berkenaan pun agak kebinggungan dan bertanya sendiri mengapa pula tiada asap. Kalau macam ni tak jadi, katanya. Ayohngoh dan ummi saling berpandangan lalu mencelah, " Semalam pun tak ada asap, saya nak tanya, takut, memang tiada asap"". Nurse tak tengok ke"? Tanya jururawat berkenaan." Tidak". Jawab Ayohngoh. "Masa pun lama hampir satu jam” sambung Ayohngoh. Jururawat berkenaan tersenyum sambil menjelaskan tempohnya tak lama hampir 15 ke 20 minit sahaja.
Kesimpulannya, tanpa komunikasi urusan tidak dapat diselesaikan dengan baik dan silap-silap menjejaskan usaha dan kesihatan. Bukan silap jururawat, kerana tiada penerangan. Juga bukan silap Ayohngoh kerana tiada pertanyaan tetapi amalan komunikasi tidak diaplikasikan. Apa salahnya kalau salah seorang daripada kami berdua yang membuka mulut untuk memulakan perhubungan agar segalanya berjalan lancar.
Kata cerdik pandai : Malu bertanya sesat jalan….
Salah menyalah tak boleh diamalkan kerana ianya merupakan salah satu sifat yang boleh membantutkan komunikasi yang berkesan, sebaliknya tepuk dada mengaku je sama-sama salah. Paling baik hayati ungkapan cerdik pandai ini: “Jangan ditanya apa yang orang korban untuk kita bahkan tanya dan persoalkan apa pengorbanan kita untuk mereka”.
Pernah anda melihat si tukang sapu di KLIA kah, di hospital kah atau di mana-mana hatta di rumah sekali pun. Bayangkan semasa kita sedang bersembang-sembang di KLIA sambil menunggu masa untuk boarding, tiba-tiba datang seseorang dengan penyapu tanpa apa ungkapan terus menerus menyapu dekat-dekat kaki kita dan sebagainya. Kita pula melayan panas yang datang walaupun dalam tempat dipenuhi dengan kedinginan pendingin hawa. Apa jadi, pasti pergaduhan kecil akan berlaku. Namun sekiranya komunikasi yang diaplikasikan dengan baik tukang sapu tak tension kita pun tak lah berpeluh dibuatnya. Usahkan apa, kalau satu dua perkataan yang keluar sudah memadai. Contohnya, "maaf ya saya nak bersihkan tempat ini sekejap". Kita yang perasan hebat ni pula, sebab sedang tunggu kapal terbanglah kononnya, apa salahnya kalau dah nampak tukang sapu datang, alihkan lokasi perbincangan atau memberikan isyarat bahasa badan pun sudah memadai untuk menyatakan kebenaran kepada orang yang sememangnya bertugas di situ.
Komunikasi bukan sahaja melalui perkataan atau percakapan bahkan ianya juga boleh diaplikasikan dengan perbuatan atau isyarat. Contohnya angkat tangan, anggukan kepala dan sebagainya. Sabda Rasulullah s.a.w.: Senyum itu sedekah. Senyum juga merupakan salah satu unsur komunikasi yang berkesan walau tak semanis senyum kambing.
Dalam agma komunikasi berkesan merupakan satu bab khusus yang dibicarakan oleh ilmuwan Islam dalam Ilmu Fekah di bawah tajuk Muamalat. Rasulullah s.a.w. contoh terbaik dalam mengaplikasikan konsep berta’amul atau berkomunikasi dalam kehidupan yang menjadikan baginda insan terunggul dan teragung dalam setiap usaha. Contoh terawal, semasa baginda bekerja sebagai seorang peniaga kerana dalam urusan jual beli banyak mengajar kita berhubung dan berkomunikasi sesama manusia dengan mengamalkan sikap jujur, amanah, bertolak ansur dan sebagainya serta menjauhi unsur-unsur penipuan,penindasan dan pelbagai unsur yang boleh membawa kepada perpecahan dan pergaduhan.
Firman Allah:-
وَأَحْسِنْ كَمَا أَحْسَنَ اللَّهُ إِلَيْكَ وَلا تَبْغِ الْفَسَادَ فِي الأرْضِ إِنَّ اللَّهَ لا يُحِبُّ الْمُفْسِدِينَ
“..dan berbuat baiklah (kepada hamba-hamba Allah) sebagaimana Allah berbuat baik kepadamu (dengan pemberian nikmatNya Yang melimpah-limpah); dan janganlah Engkau melakukan kerosakan di muka bumi; Sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang Yang berbuat kerosakan ".

No comments:
Post a Comment