;

Saturday, March 6, 2010

Curahan Kasih 2010

Program ini dinamakan Program Curahan bertujuan melahirkan kerjasama antara ibubapa dan anak-anak demi melahirkan kecemerlangan dan kegemilangan dalam kalangan anak-anak pelajar SMKAM. Ianya merupakan program tahunan anjuran bersama sekolah dengan Persatuan Ibubapa & Guru SMKAM bermula semenjak tahun lepas 2009.

Pendaftaran dibuat seawal jam 7.45 pagi

Tahun ini, tanggal 6 Mac 2010 yang lalu telah berlangsung program curahan kasih 2010 dengan jayanya hasil komitmen semua pihak Ibubapa, anak-anak pelajar dan guru-guru SMKAM.

Para VVIP yang dijemput hadir

Walaupun programnya hanya berlangsung selama 3 jam namun ianya cukup bermakna khususnya dalam menyedarkan anak-anak serta ibubapa dalam memartbatkan kecemerlangan diri masing. Kerjasama ibubapa amat menggalakan menjadikan program lebih ceria dan bermakna.

Warga ibu yang hadir demi kecemerlangan mu anak-anak

Tidak ketinggalan si bapa yang sentiasa menjadi sumber inspirasi anak-anak tercinta.

Penceramah, Encik Mohamad Arif Azhari yang diimport khas daripada Kuching mampu merealisasikan segala objektif dan matlamat yang telah disasarkan. Anak-anak pelajar yang awalnya masing-masing muka bersahaja, namun diakhir program kelihatan tidak bermaya dek kelemahan diri yang diungkit perasaan malu mengenang ungkapan-ungkapan kalimah yang dituturkan penceramah.

Suasana diawal sesi:

Tetapi setelah beberapa minit berlalu sesi ceramah mulalah gambaran itu dan ini menghantui pemikiran akhirnya:






Lalu berlinanganlah air mata membasahi pipi sayu dan pilu akan kealpaan diri sehingga melupai asal usul diri yang menjadikan diri jauh daripada berkat Ilahi.
Kepiluan kian betambah diakhir sesi, apabila semua anak-anak dan ibubapa disatukan. Apa lagi, riuh rendahlah suasana kesedihan memenuhi ruangan dewan Al-Khawarizmi.
Paling sayu dan memilukan, anak-anak yang ibubapa tidak menghadirkan diri setelah melihat kekawan lain saling berpeluk-pelukan dengan ibu dan ayah.

Sebahagian pelajar meluahkan rasa menyesal atas kurang serius dalam menjemput dan memohon ibubapa untuk hadir. Tapi sesalan hanya tinggal sesalan kerana program seumpana ini hanya diadakan sekali setahun sahaja.
Program kali ini berakhir dengan penyampaian cenderamata buat Tuan Penceramah Mohamad Arif Azhari oleh tetamu kehormat, YDP PIBG SMK Agama Miri.


Akhirnya sekalung penghargaan buat semua yang terlibat samada secara langsung mahu pun tidak langsung dan tahniah buat semua pelajar dan ibubapa yang hadir.
Semoga usaha kita semua mendapat berkat Ilahi dan sekaligus mampu menjadikannya sebagai jambatan atau penghubung ke arah kecemerlangan SMK Agama Miri. InsyaAllah.

1 comment:

Abu Huzaifah said...

Tahniah kpd seluruh warga SMKAM.Rindu kpd SMKAM belum terubat..Hajat nak ziarah sahabat2 disana ttp belum ada rezeki