Sabda Rasulullah s.a.w:
عن أبى هريرة رضى الله عنه قال قال رسول الله صلى الله عليه وسلم إنَّ المَرْأَةَ كَالضَّلعِ إذا ذَهَبْتَ تُقِيْمُها كَسَرْتَها وإنْ تَرَكْتَها اسْتَمْتَعْتَ بِهَا وفيْها عِوَجٌ ( رواه مسلم )
Maksud :
“Daripada Abu Hurairah r.a. bekata: Bersabda Rasulullah s.a.w. Sesungguhnya wanita itu seperti tulang rusuk. Apabila anda cuba meluruskannya ia akan patah. Dan kalau anda tinggalkan atau biarkan tanpa meluruskannya maka kamu akan seronok tetapi awas ianya tetap bengkok.”
(Riwayat Muslim)
Hadis ini merupakan satu metod atau cara pengajaran yang ditonjolkan oleh Raslullah s.a.w. dalam mendidik anak-anak perempuan atau dengan kata lain cara untuk mendidik dan membimbing isteri-isteri khusus buat insan yang bergelar suami.
Ianya menjelaskan kepada kita tentang sifat seseorang perempuan dimana ianya diumpamakan seperti tulang rusuk. Tulang rusuk, kita sedia maklum bahawa ianya dari azali lagi sememangnya bengkok, apatah lagi tulang rusuk yang semakin hampir dengan dada.
Justeru jangan cuba terus menerus untuk membetulkannya dan jangan pula dibiarkan ianya bengkok, kerana berkemungkinan bengkoknya akan bertambah bengkok dan meruncing.
Begitulah, sisuami atau si bapa, untuk membetulkan anak-anak perempuan atau isteri-isteri yang memerlukan bimbingan dan tunjuk ajar, maka jangan sesekali dipaksa dan dipaksa dan jangan pula dibiarkan berterusan dengan kealpaan mereka kelak penyesalan bahkan kemudaratan akan menjelma.
Oleh itu kegigihan dan kesungguhan untuk memperbetulkan keadaan dengan keazaman yang tinggi disertai dengan apa yang diungkapkan Ilahi “بالحكمة” insyaAllah akan mengundang kejayaan. Firman Allah dalam surah An Nahlu ayat 125:
ادْعُ إِلَى سَبِيلِ رَبِّكَ بِالْحِكْمَةِ وَالْمَوْعِظَةِ الْحَسَنَةِ وَجَادِلْهُمْ بِالَّتِي هِيَ أَحْسَنُ إِنَّ رَبَّكَ هُوَ أَعْلَمُ بِمَنْ ضَلَّ عَنْ سَبِيلِهِ وَهُوَ أَعْلَمُ بِالْمُهْتَدِينَ
"Serulah ke jalan Tuhanmu (Wahai Muhammad) Dengan hikmat kebijaksanaan dan nasihat pengajaran Yang baik, dan berbahaslah Dengan mereka (yang Engkau serukan itu) Dengan cara Yang lebih baik; Sesungguhnya Tuhanmu Dia lah jua Yang lebih mengetahui akan orang Yang sesat dari jalannya, dan Dia lah jua Yang lebih mengetahui akan orang-orang Yang mendapat hidayah petunjuk."
Jadi, suami sebagai ketua keluarga harus bersedia jiwa dan raga untuk berhadapan dengan segala-galanya kerana ianya adalah amanah anugerah Ilahi yang wajib dipikul oleh sesiapa sahaja. Ingatlah firman Allah dalam surah At Tahrim ayat 6:
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا قُوا أَنْفُسَكُمْ وَأَهْلِيكُمْ نَارًا وَقُودُهَا النَّاسُ وَالْحِجَارَةُ عَلَيْهَا مَلائِكَةٌ غِلاظٌ شِدَادٌ لا يَعْصُونَ اللَّهَ مَا أَمَرَهُمْ وَيَفْعَلُونَ مَا يُؤْمَرُونَ
" Wahai orang-orang Yang beriman! peliharalah diri kamu dan keluarga kamu dari neraka Yang bahan-bahan bakarannya: manusia dan batu (berhala); neraka itu dijaga dan dikawal oleh malaikat-malaikat Yang keras kasar (layanannya); mereka tidak menderhaka kepada Allah Dalam Segala Yang diperintahkanNya kepada mereka, dan mereka pula tetap melakukan Segala Yang diperintahkan".
ASEAN bentuk pasaran bersepadu mulai tahun depan
11 years ago
No comments:
Post a Comment