;

Saturday, December 5, 2009

Hanya Untuk Suka-Suka


Beberapa Kisah Benar Dan Agak Kelakar Sepanjang Aidil Adha 1430H

(Ceritanya di selit dengan beberapa istilah Sarawak)


2 X 5

'Afif, boleh kita pergi ke sia ke'? Tanya Si Izzah dengan seribu harapan.

'Entahlah, kamek pun sik tahu bah, kamek sik kenal tempat ya, belum pernah kamek pergi'. Jawab Si Afif.

'Yalah, ka'mah, kamek tahu.' Tambah Si Izzah.

Sibapa hanya tersenyum. Lucu ada, nak tergelak pun ada.

Sebenarnya ungkapan itu lahir daripada perbualan dua anak kecil pada petang hari raya Aidil Adha baru-baru ni. Mereka sedang menonton tv rangkaian 1. Tiba-tiba TV 1 menayangkan sedutan lambaian kaabah. Gambar kaabah ditayangkan bersama laungan Labbaikallahumma Labbaik... Dilihat ramai orang ke sana. Agaknya kalau dapat pergi juga baguslah tu. Si Izzah ingatkan Kaabah tu tempat yang tidak jauh, dan boleh diziarahi dengan mudah sahaja. Lalu keluarlah ungkapan sedemikian.



Baik Punya Alasan

Petang aidul adha menjelma. Seorang bapa meminta anaknya, Aiman untuk solat Asar sebelum turun bermain di halaman rumah atuknya.

Sudah sembahyang asar tadi, tegas Aiman. Okaylah, jawab Si Bapa.

Tiba-tiba datang seorang anak kecil, anak buah si bapa yang baru berumur 3 tahun, Tisya namanya. Beliau sememangnya tidak dibenarkan untuk bermain di halaman rumah. Melihat si Aiman mendapat kebenaran untuk turun, Tisya pun turut bergegas untuk turun sepertimana turunnya Si Aiman. "Tisya tak boleh turun, nanti mama marah" Kata si bapa dengan harapan si Tisya tak turun ke bawah. Dengan muka yang selamba dia mengangkat tangan dan sebaris ayat meniti di bibirnya. " Tisya dah sembahyang tadi". Apa lagi. Sibapa pun tak terkata apa-apa dan Si Tisya terus je turun.


Jangan Salah Sebut

Hari ini si bapa sibuk di dapur untuk merebus tulang lembu hasil agihan daging korban keluarga terdekat. Si Ibu terpaksa ke rumah sebelah untuk membantu persiapan memasak daging korban untuk para tetamu.

Sebelum si ibu ke sebelah, si bapa tertunduk-tunduk sambil membelek-belek bekas rempah-rempah di dapur.

Si ibu kehairan lalu berlaku perbualan berikut:

Kitak cari apa? Tanya si ibu.

Aku cari rempah, jawab si bapa.

Rempah apa? tanya lagi si ibu.

Ala rempah ya bah, jawab si bapa sambil tangan membelek-belek bekas rempah yang ada.

Rempah apa, tanya lagi si ibu.

Apa tu, sup..sup..(termenung seketika)..aa.. sup buntut, masih adakah?, tanya si bapa.

Rempah apa!!, tanya lagi si ibu inginkan kepastian.

...Sup buntut bah, jelas si bapa.

Si ibu tersenyum lebar lantas bertanya lagi,

Rempah apa kitak padah tek?

"Rempah sup buntut bah" Jawab si bapa dengan nada yang agak tinggi(marahlah tu kononnya).

Anak-anak yang dari tadi mencuri dengar perbualan si ibu dan si bapa masing-masing tersenyum sendiri. Nak ketawa takut di marah si bapa. Masing-masing berpandangan antara satu sama lain dan tersenyum lucu hinggalah ada seorang anak yang cuba membetulkan keadaan dalam ketawa sinis.

Bukan sup buntut pak, sup bunjut.

Ya kah, oo... sup bunjut, kata si bapa.

Lalu riuh rendahlah satu keluarga, apatah lagi apabila melihat si bapak pun turut tersenyum, akur dengan kesilapan sendiri.

No comments: