;

Saturday, December 5, 2009

Di Mana Akan Ku Cari Ganti

Hari ini, hari cukup memilukan hati Ayohngoh. Kata orang di luar nampak ceria (perasan sikit) di dalam Allah sahaja yang tahu.

5 Disember, bermulalah segala-galanya, walaupun seawal November sudah diketahui namun hari ini adalah hakikatnya.

Hakikat persahabatan yang hampir sepuluh tahun yang terjalin di bidang kerjaya sebagai warga pendidik, warga kecemerlangan, warga penyudah di hadapan dan belakang tabir, rakan kongsi suka duka, untung rugi dan segala-galanya. Pendek kata, 5 Disember ini kalau diibarat sebagai burung maka hari ini, hari patahnya sebelah sayap, kalau diibaratkan sebagai pasangan hidup maka hari ini, hari duka, kalau diibaratkan sebagai penyengat maka hari ini, hari hilangnya bisa sengatan dan kalau diibarat sebagai lagu maka hari ini adalah hari hilanglah irama daripada lagu.

Sebenarnya itulah ungkapan yang boleh Ayohngoh luahkan buat persahabatan kami berdua antara Ayohngoh dan al-Fadhil Ustaz Badrul Hisyam yang hari ini adalah hari berangkatnya beliau ke Kuala Lumpur untuk meneruskan pengajian beliau di Bidang Master. Perginya beliau pergilah sebelah tangan Ayohngoh yang sememangnya banyak kenangan kejayaan dan kenangan manis sepanjang persahabatan kami khususnya dalam memartabatkan kecemerlangan SMK Agama Miri walau mungkin ada yang menyatakan usaha yang tak seberapa tapi manisnya hanya kami berdua merasainya. Juga kenangan kecangihan IT yang mengajar kami apa erti Brush, apa erti Move Tool, Rectangular Marquee Tool, Polygonal Lasso Tool, Magic Wand Tool dan sebagainya dalam Adobe Photoshope. Melaluinya kenallah kami dengan Banner, Fishtail dan sebagainya. Apa lagi, apa bila mengadap ke bawah duli Sifu Ahmad Fauzi, taukeh Photoshope, Miri.

Tambah memilukan hati, perpisahan kali ini terpisah juga Ayohngoh dengan rakan kongsi PSI, ustazah Asmawani yang turut berangkat menemani kekanda tersayang. Kalau dulu segala permasahan dalam subjek kami beliaulah yang merungkai segalanya-galanya. Kini, dahlah beliau meninggalkan kami, Ayohngoh sendiri pun tidak lagi berhadapan dengan subjek berkenaan. Harap-harap orang baru dapat mengatasi semuanya, insyaAllah.

Tidak kurang dirasai kekurangan kami GPI SMKAM apabila Ustazah Aliza juga dijemput pulang ke Tanah Seberang untuk meneruskan perjuangan yang mungkin lebih mencabar.(tapi tak apa, hatinya tonang, dapat se tanah dengan orang tersayang)

Untuk anda bertiga, ... Di mana.. akan ku cari ganti, serupa dengan mu .... (baca ikut rentak lagu)

Inilah yang dikatakan lumrah hidup. Setiap pertemuan ada perpisahan, setiap permulaan ada akhirnya dan setiap kehidupan ada kematian. Yang patah akan tumbuh dan yang hilang akan berganti diharapkan menjadi kenyataan. Kalau tidak, tak tahulah Ayohngoh apa harus dibuat.

Namun, perjalanan untuk mengejar seribu kecemerlangan dan seberapa banyak kegemilangan SMKAM akan terus diusahakan. Apa yang penting, modal yang bergelar guru atau warga pendidik SMKAM masih ada dan tetap wujud. Apa yang perlu, kita akan seiring sejalan seiya sekata untuk bangkit meneruskan usaha mencari suntikan kecemerlangan demi anak-anak dan umat Islam di Bumi Miri khususnya dan Bumi Kenyalang amnya.

Buat Ustaz Badrul Hisyam & Ustazah Asmawani seisi keluarga juga Ustazah Aliza terimakasih atas segala-galanya dan maaf buat semuanya dan jangan lupa kunjungi kami dengan panggilan atau apa sahaja, semoga persahabatan kita kekal selama-lamanya.Terimalahlah gambar-gambar ini sebagai kenangan kita bersama:


















Inilah seadanya, selamat berjuang di tempat baru dan selamat menimba ilmu..... bye...bye

1 comment:

Abu Huzaifah said...

Hamba dan ummu Huzaifah doakan SMKAM Miri akan terus cemerlang di persadanya