;

Wednesday, September 9, 2009

Sederap Bersama Al-Quran 2009

8 September 2009, bermula buat kali ketiga bumi SMKAM bergema dengan suara-suara lunak anak-anaknya mengalunkan bait-bait suci ayat al-Quran, tanda bermulanya Program Sederap Bersama Al-Quran 2009.

Seawal Pukul 7.30 pagi anak-anak SMKAM berkumpul di foyer pentadbiran menerima taklimat terakhir daripada pihak urusetia. Manakala para ustaz dan guru bertugas memantau dan membuat persiapan terakhir sebelum ketibaan tetamu kehormat yang akan merasmikan program berkenaan.

          Tepat 8.45 pagi kami menyambut ketibaan tetamu kehormat, Ustaz Ahmad Fauzi Yaakob, Ketua Unit Pendidikan Islam Pejabat Pelajaran Daerah Miri. Ketibaan tetamu disambut oleh Pemangku Pengetua dan kumpulan pengurusan serta guru-guru yang bersedia di lokasi program. Ketibaannya diserikan lagi dengan alunan selawat oleh Ustaz Hamim dan sebahagian peserta.

          Memberi kesedaran kepada pelajar tentang kepentingan Al-Quran dalam kehidupan.

Menyemarakkan bumi SMKAM dengan bacaan Al-Quran.

Meningkatkan minat pelajar untuk mendalami Al-Quran.

Menggalakkan pelajar membaca Al-Quran.

 

          Setelah doa dibaca maka bermulalah acara perasmian oleh tetamu kehormat. Pemangku pengetua memulakan aluan dengan menjelaskan tentang objektif program antaranya:

- Memberi kesedaran kepada pelajar tentang kepentingan Al-Quran dalam kehidupan.

- Menyemarakkan bumi SMKAM dengan bacaan Al-Quran.

- Meningkatkan minat pelajar untuk mendalami Al-Quran.

- Menggalakkan pelajar membaca Al-Quran.

         

Tetamu kehormat pula menyentuh tentang kepentingan menghayati al-Quran dan bebarapa kekuatan yang ada di SMKA.

 

Tepat jam 9.25 mint pagi perasmian diakhiri dengan pukulan gong sebanyak tiga kali sebagai gimik permulaan program. Dengan itu bermulalah dengan rasminya Program Sederap Bersama Al-Quran 2009/ 1430H. Bacaan dimulai dengan bacaan surah al-Fatihah oleh kumpulan pertama yang diketuai Adik Shamil Ishak sebaik sahaja gong dipukul oleh tetamu kehormat.

          Jam 10.00 pagi, tetamu kehormat berangkat pulang dan kami menghantarnya dengan ucapan terima kasih serta sedikit cenderahati yang tak sebarapa tanda penghargaan daripada sekolah atas kesudian menjadi Tetamu Kehormat dan sekali gus merasmikan pelancaran program membaca al-Quran tanpa henti kami semua. 

            Tahniah dan syabas untuk semua atas segalanya, tanpa kerjasama dan komitmen daripada anda semua kami pasti program yang dirancang akan tinggal program sahaja. Kerjasama andalah petunjuk segalanya.

Ayohngoh mengharapkan komitmen dan kerjasama daripada semua pihak tetap utuh sehingga ke hari terakhir program kita pada kali ini.

Gambar-gambar kenangan:

No comments: