;

Thursday, August 6, 2009

Muhasabah Syaaban

Nisfu Syaaban telah berlalu pergi, kini Ramadhan kian menjelma. Diketika inilah ayohngoh melihat keghairahan untuk beribadat begitu menebal, paling ketara di dalam kalangan rakan-rakan kita yang bergelar ibu atau kakak atau adik atau juga anak.
Masing-masing menghitung hari, sekarang dah lima hari tinggal tiga lagi, ada yang tinggal empat, dan ada yang tinggal lagi 12 atau 14 hari sedang syaaban tinggal lagi 12 hari. Aduh nampaknya kena puasa sepanjang separuh masa kedua syaaban lah aku. Okay juga, namun ada sebahagian yang sedang menghitung hari tetapi keyakinan dihantui oleh keadaan yang terpaksa dihentikan. Bukan setakat henti. Diwajibkan rehat pula. Alamatnya terpaksa dibawa lagi kehadapan. Bayar fidyah pula. Paling menakutkan bila ingat punya ingat rupanya hutang dua tahun lepas belum tertunai. Aduh....
Fenomena sebagini masih lagi dikatakan okay kerana mereka masih ada kesedaran. Yang kesiannya yang tak tahu menahu bahkan buat-buat tak tahu. Syaaban ke ramadhan ke sama sahaja bagi mereka.
Persoalan bagi pihak kakak-kakak dan adik-adik. Tak ada kah jalan penyelesaian mengenai fenomena ini?
Bagi ayohngoh mudah sahaja. Tepuk dada fikir sendiri, sibukkah aku? Tiada masa kah aku? Kukuhkah alasan ku .... dan banyak lagi soalan yang boleh diajukan sendiri oleh anda dan cuba-cuba lah jawab sendiri.
Daripada ayohngoh..... Rancanglah lebih awal untuk melangsaikannya, buat seawalo mungkin, jangan tunggu-tunggu, pasti anda tak perlu lagi nak hitung-hitung hari. Orang laki sedap kata je lah..... (ungkapan orang yang tersinggung dengan ejekan sinis kaum lelaki).
Untuk anda terimalah...
Bukankah Allah ada berfirman yang bermaksud:Dan bersegeralah kamu menuju keampunan Ilahi... Lagi pun tangguh menangguh ni bukan amalan orang kita. Pepatah Arab juga mengingatkan " Jangan kamu tangguhkan amalan hari ini keesokan hari.." Paling hebat pesanan Rasulullah s.a.w yang menyatakan " Rebutlah lima perkara sebelum datang lima perkara, masa muda sebelum datang masa tua,masa sihat sebelum datang masa sakit,masa lapang sebelum datang masa sibuk, masa kaya sebelum datang masa miskin, dan masa hidup sebelum datang masa mati..... Tidak cukup dengan itu Rasulullah bersabda lagi: " Terdapat dua nikmat yang kebanyakan manusiasering lupa iaitu nikmat sihat dan nikmat masa lapang."...................... Renung-renungkanlah, bagi yang nak merenung...
Walau apa pun... ayohngoh ucapkan tahniah dan syabas buat mereka yang sentiasa dan terus serta terus berusaha untuk membereskan hutang dengan Ilahi demi kebahagian dan damai yang abadi di bawah naungan Ilahi... Terimalah Ya Rabbi.

No comments: