;

Saturday, August 8, 2009

Melatih Diri Sebagai Pemaaf

Zaman langit terbuka, zaman dunia tanpa sempadan, zaman globalisasi dan sebagainya lagi yang diungkapkan untuk menceritakan keadaan atau suasana dunia hari ini.

            Dunia tanpa sempadan menjadikan manusia atau masyarakat berani untuk menyatakan itu dan ini, komen itu, komen ini tanpa menyedari siapa diri sendiri. Bahkan ramai yang berperanan sebagai  pengkritik terhadap yang dibuat oleh orang lain walau perkara tersebut akan mendatangkan kebaikan pada diri mereka sendiri. Asyik ada je benda yang tak kena. Apatah lagi kalau sesuatu perkara itu boleh menjejaskan kedudukan mereka. Pelbagai kecaman dan kritikan dikeluarkan. Paling dahsyat jikalau ada pula yang cuba menyuntik dengan suntikan batu api dan mengiyakan apa yang dikritik. Ini yang ayohngoh anggap seperti virus yang sentiasa menunggu untuk menjangkiti sesiapa yang sewaktu dengannya. Ayohngoh rasa usah orang lain kita sendiri pun terkadang berang apabila ada sesuatu yang sepatutnya kita perolehi tetapi tersisih disebabkan kelalaian seseorang. Kita pun terkadang bila bertindak atas tiket  ketidak puasan hati terbabas juga dari perkara pokok yang telah diterjui Rasulullah s.a.w. melalui firman Allah yang berbunyi:

ربنا ما خلقتت هذا باطلا سبحــــنك

 "Wahai Tuhan kami, tidaklah engkau jadikan semua ini dengan sia-sia, Maha Suci Engkau wahai Ya Allah.."

Khusus buat rakan-rakan yang ingin berkongsi idea dengan ayohngoh, ayuh kita cuba rungkai permasalahan di atas seringkas mungkin.

Secara mudah jom kita hayati situasi-situasi berikut:

" Andai kita sebagai sebagai seorang suami, mungkin kita sering mempertikaikan tugasan dan peranan siisteri yang belum memuaskan segala kehendak dihati. Andai kita seorang isteri mungkin kita masih menunggu dan menunggu suami agar berperanan sebagai suami yang sebenar. Seperti yang kita idam-idamkan. Anda kita sebagaiseorang anak, mungkinjuga kita masih mempertikai kasih sayang ibu dan bapa kerana belum memenuhi kehendak di hati. Andai kita sebagai seorang majikan, mungkin kita masih belum puas dengan peranan yang dimainkan oleh anak-anak buah kita untuk mencapai sesuatu matlamat atau objektif sesebuah institusi. Andai pula kita sebagai seorang pegawai, mungkin kita terkadang mempertikai tentang sesuatu perolehan yang belum menyenagkan hati hasil kerja seorang petugas bawahan dan sebagainya."

            Terfikirkah kita segala yang kita pertikaikan di atas tu kita pertikaikan tugas atau peranan siapa. Pastinya bila kita suami, kita pertikai tugas isteri, bila kita isteri pertikai tugas suami, bila kita anak kita pertikaikan peranan ibu bapa, bila kita majikan kita pertikaikan peranan anak-anak buah dan kalau kita pegawai kita pertikaikan orang bawahan dan begitulah seterusnya. Kita asyik pertikaikan peranan orang lain tanpa berfikir tentang peranan kita sendiri.

            Ayohngoh teringat kenyataan seseorang yang sedikit menyedarkan ayohngoh berkaitan permasalahan di atas, katanya, " Jangan kita pertikai apa jasa orang ke atas kita sebaliknya fikirkan dan hayati apa jasa kita terhadap mereka" Jangan kita pertikai jasa seorang isteri terhadap suami bahkan fikirkan apa jasa kita terhadap isteri sebagai seorang suami. Jangan pertikai jasa orang bawahan terhadap kita bahkan fikirkan apa jasa kita terhadap orang bawahan kita. Jangan kita fikir apa jasa ibubapa terhadap  kita bahkan fikirkan apa jasa kita terhadap kedua ibubapa dan begitulah seterusnya.

            Jadi, ayuh fikir-fikirkanlah agar kita semua sentiasa bertolak ansur atau sentiasa memaafkan kesilapan orang lain. Dengan kata lain, marilah kita sama-sama melatih diri untuk menjadi seorang pemaaf dan bertanggungjawab.

           Sesuai untuk difikirkan jua ungkapan berikut " Jangan difikir sunat atau wajib sesuatu ibadah itu tetapi fikir dan tanya dulu apa kelebihan atau fadhilat melaksanakan ibadah tersebut".

No comments: