Semalam, giliran Hannan yang beriya-iya meminta nak makan kuih atok. " Cepatlah bi, buat kuih atok ". "Tunggu" jawab siabi. "Abi, bila" tanya si Hannan. " Esoklah Nan, malam ni abi letih lah Nan". Lalu si anak membatalkan hasrat nak makan kuih atok.
Esoknya, siabi dan siummi kena ke pasar dan tak sempat lagi buat kuih atok. Bila petang menjelma sedang siabi berhadapan dengan laptop, siummi pula ada program dengan kawannya datang lagi si Hannan, lalu merayu " Bi, bolehlah kuih atok bi ". Lalu siabi pun bergegas ke dapur mencari mana-mana yang patut. Semua bahan ada, kecuali kapur. Masih boleh dibuat namun kuranglah umphnya.
Anak punya pasal, siabi meneruskan juga walau pun ketiadaan kapur. Bila diuli tepung gandum dengan sedikit air, garam, gula dan telor tersedialah tepung cair untuk dimasak kuih yang dioder.
Seronoknya bukan main siabi masak kuih atok, kalau setakat 10 biji sama-sama siap. Makan siap kuih atok pun tak berbaki lagi, tapi hari ni si abi lebihkan sedikit adunan agar semua ahli keluarga dapat merasainya.
Kebiasaannya bila dah masak dua, tiga biji datanglah si Aiman membawa adik-adiknya untuk mula merasa. Yang kelam kabutnya si abi. Mana tak kelam kabut, si Aiman tu baru je kita nak letak adunan baru dalam kuali biasanya dia dah mula nak menambah. Itu yang seronoknya, bila dah siap menggoreng kuih atok pun selosai.
Silap-silap tukang masak sendiri pun tak sempat. Apatah lagi siummi, alamaknya makan nasi dinginlah. Bukan nyaman sangat, tapi dicecahnya dengan susu pekat terasalah manis dan lemaknya.
Sepatutnya kuih atok ni dicecah dengan air teh yang dibuat agak manis sikit. Baru rasanya asli dan melazatkan, namun zaman sekarang zaman semua pintar. Masakan tidak, nasi lemak pun kalau dahulu berlaukan telor dan tumis ikan bilis sahaja tetapi sekarang bukan setakat ayam atau daging goreng bahkan dengan ayam percik dan burung puyuh pun ada. Zaman langit tanpa sempadanlah, katakan.
Kuih atok ni asalnya macam lempeng (pancake) cuma adunannya dicairkan dan bentuk serta rasanya lebih kurang roti canai. Asalnya ibu mertua ku sering sajikan kuih ini untuk santapan bapa mertua ku. Apabila dilihat oleh anak-anak ku, mereka meminta daripada nenek mereka untuk makan kuih macam atok makan.
Setiap kali menziarahi nenek mereka, mereka sering dihidangkan dengan kuih berkenaan. Apabila ditanya "Makan kuih apa?". "Kuih atok" jawab mereka. Akhirnya lekatlah nama kuih berkenaan, kuih atok.
Sesiapa berminat boleh mencubanya, bahan-bahannya seperti yang dinyatakan tadi:
- Tepung Gandum, Air, Garam, Gula, Telor dan Air Kapur.
- Adunkan semua bahan dan goreng dalam kuali yang sederhana panas. Sebelum diletakkan adunan tadi secara membulat sapukan dahulu kuali anda dengan minyak masak
Selamat mencubanya.
.jpg)
1 comment:
aka TUMPIK nak abe? ;D
Post a Comment