;

Saturday, July 25, 2009

Makhluk Yang Asing


Adakah anda pernah melihat binatang ini. Peniaga terpaksa meletakannya terlentang agar ianya tidak bergerak ke tempat lain
Ini keadaannya kalau diletakan betul-betul tapi tak boleh lama, takut merayap keluar daripada bangku.
             Sekali pandang nampak macam wajah makhluk asing yang selalu jadi penjahat dalam cerita-cerita kapal angkasa. Kadang-kadang nampak juga macam kura-kura tetapi tidak berkepala. Ada orang yang melihat katanya macam ketam. Yang pasti ianya adalah Makhluk Yang Asing daripada sebahagian kita. Makhluk yang kurang biasa dilihat oleh kita. Bukan makhluk asing tetapi Makhluk Yang Asing. 
                     

            Ayohngoh taklah terkejut sangat, sebab pernah melihatnya masa budak-budak dahulu, tapi taklah pernah menyentuh dan membelainya. 
             Hari ini, orang kata langkah kanan, jumpa dan dapat menyentuhnya dan juga sempatlah bergambar kenang-kenangan dengannya sebelum dimasukan ke dalam periuk orang yang melahapnya. Mula-mula tu takut juga nak menyentuhnya kerana ekornya kelihatan macam tajam je. Ingat macam ekor pari, kalau kena tak ke naya. Rupa-rupanya memang boleh disentuh dan dipegang apatah lagi membelainya.
              Sedikit kehairanan, sebab sebahagian masyarakat di sini (termasuk orang Islam) ada yang memakannya, bukan setakat telornya bahkan isi-isinya sekali. Rasanya macam ketam kata mereka. Ayohngoh taklah tergamak nak memakannya, tambahan tak jelas sangat tentang hukumnya. Nak perjelaskan tentang hukumnya pun tak berapa tahu tentang alam kehidupannya. Satu alam atau dua alam. Macam ketam nipah tu. Kalau ketam nipah ayohngoh tahu, dia hanya hidup di dalam air sahaja dan ia tidak pernah ada usaha untuk naik ke daratan kecuali setelah dipaksa oleh manusia. Spisis di atas ni ayohngoh kurang pasti. Kalau dia pernah naik ke daratan untuk rehat atau release tansion tanpa paksaan atau pertolongan daripada manusia atau makhluk lain maka confirmlah dia hidup dua alam. Kalau hidup dua alam tepuk dada tanyalah syariat.
           Kekawan nak tahu apa namanya. Namanya adalah belangkas, orang putih panggil "king crab". Ianya cukup popular di dalam kalangan orang Melayu sehingga ada yang menyimpan kulitnya sebagai perhiasan di dinding-dinding rumah, bahkan dalam perbualan masyarakat kita pun ianya diguna pakai khususnya untuk ditujukan kepada pasangan-pasangan yang terlalu rapat dan sangat susah untuk dipisahkan, " Macam Belangkas Sejuk ". Bertuah juga kalau macam tu kan..... 

Sekarang ayohngoh dah berani pegang dan menyentuhnya

Alang-alang bergambar, semua anak beranak dia yang ada kita snap.

No comments: