;

Sunday, November 23, 2008

Ipar ku Kahwin Lagi












Alhamdulillah, rahmat dan berkat Ilahi sememangnya menyebelahi kami baru-baru ini. Diharapkan rahmat berkenaan adalah benar-benar rahmat bukan ujian Allah. Keadaan cuaca yang tidak menentu membuatkan semua ahli keluarga bimbang dan resah takut-takut ianya berterusan hingga kehari ahad 23 november 2008, maklumlah hujan tidak menentu semenjak dua tiga hari sebelum itu, kadang-kadang malam, kadang-kadang pagi dan kadang-kadang petang. Pendek kata di depan rumah kami penuh dengan air dan berpaya. Minggu lepas gotong royong membersih kawasan telah diadakan namun hujan punya cerita terpaksalah aku menebalkan muka memaklumkan kepada semua jiran-jiran bahawa laluan berturap di depan rumah terganggu dengan khemah dan kerusi. Syukur lagi kerana semuanya akur dan memahami walaupun sebahagian mereka kena ke gereja pada hari ahad. Itulah uniknya masyarakat malaysia.




Ini bukan rusuhan pendatang tanpa izin tapi gambar kenangan-kenangan selepas gotong royong membersih kawasan depan rumah kami sebagai lokasi induk majlis yang akan berlangsung.





Sanak saudara dan sahabat handai juga tidak ketinggalan menghulurkan bantuan bagi sama-sama menjayakan majlis yang mulia ini. Paling seronok sambil bekerja sambil bercerita tentang pengalaman masing-masing. Seronok lagi bila dengar sland masing-masing, ada Sarawak, ada BM baku, terkadang ada BM bakul dan juga sekali sekali kedengaran loghat utagha.

Perak, Johor dan Negeri Sembilan
Sambil Memotong Kita Bercerita
Bantuan dihulur diberkati Tuhan
Berat dan Ringan DiPikul Bersama



Pagi 22 November kini menjelma, hari besar bakal mendatang. Isteri ku semakin resah dengan persiapan yang masih belum sempurna. Nasib baik orang Labuan (Aten) dan orang KL (Ira) serta kaum kerabat lain ada, dapatlah kami meninggalkan anak-anak di rumah untuk menyelesaikan apa-apa yang perlu.













Gambar-Gambar Persiapan sebelum majlis:-





Paling awal pemasangan pelamin oleh Wan Kamarul dan pembantu.













Dah siap dah.... nampaknya ada orang yang akan bersanding awal...







Kerja-kerja disiapkan secara bersama, alhamdulillah.










Tiada siapa boleh menyekatnya...... 23 november tetap tiba... siapa sangka ... kuasa Allah .. hujan mendung dua tiga hari rupa-rupanya berehat untuk hari ini... inilah yang dikatakan rahmah. Cuaca baik menjadikan segala sambutan berjalan dengan baik walau ada sedikit kekalutan namun ianya harus diunjurkan syukur kehadrat Ilahi. Kalau nak diungkit cuaca hari ini 24 November cucuran hujan berulang kembali.. semalam sememangnya rehat dan memberi ruang untuk kami.... berkat doa semua ..kata pakcik Aris bapak mertua Deng.

Hari ni(23 nov) berlangsunglah perkahwinan iparku sekali lagi... Kali ni merupakan kali kedua rumah ku dijadikan lokasi majlis perkahwinan ipar ku. Dulu di Piasau Garden ringkas sahaja tanpa pelamin..... kesian Deng..... Kali ni di rumah baru kami di Phoenix Garden. Majlis kali ini mencabar sikit...tetapi seronok... hasil kerjasama semua pihak ianya berjalan lancar. Sepakat membawa berkat. Kebetulan pula orang yang nak kahwin pun bersemangat, nak itulah, nak inilah... sik hal.. mintak ajak... Yang penting kami mampu ikut, kerana mu iparku... insyaAllah kita harungi bersama.

Iparku yang kahwin kali ini adalah Noor Asyikin Abdul Hadi dan pasangannya Shahrizal Asmar Mhd Zaki, jejaka Perak jadi pilihan. InsyaAllah selamat segalanya dan berkat semuanya.

Thanks buat Task Force Miri.... kerana banyak pengalaman bersama Task Force aku aplikasikan dalam pengurusan majlis pada kali ini. Siapa sangka majlis yang sebegini besar (perasan sikit) perjalanan dan urusannya banyak diurus sendiri oleh aku. Baik persiapan tempat, jamuan, persiapan bilik pengantin (hias mengias tidaklah, nanti lain pulak jadinya) dan lain-lain persiapan. Pun begitu kerjasama daripada anak beranak cukup juga tak terhitung.

Ilmu Ustaz Fauzi (UPIM) dalam mengatur perjalanan majlis juga aku perturunkan, siap dengan kronologi majlis lagi. Dengannya pengacara majlis pun tak susah, walaupun dimaklumkan secara mengejut tetap dipikulnya. Kebetulan pulak orang yang expert.

Ketibaan rombongan lelaki lewat sedikit dari yang dijangkakan(9.20 am), bukan silap mereka tetapi aku yang minta mereka tunggu sementara pengantin perempuan sedang mempersiapkan diri. Ikutkan boss disuruhnya terus ajak.... aku takut kelam kabut nanti pengantin perempuan.

Pengantin Lelaki Tersenyum Megah
Tanda Seronok Terdetik Di Hati
Ijab Kabul Berlangsung Sudah
Bergelarlah Mempelai Suami Isteri




















Aik.... Malu-malu pulak dia.















Jangan jeling macam tu, you, malu I.





Bacaan Taklik Daripada Sang Suami

Tangan Ditadah Petanda Akur

Segala Keinginan Dilimpahi Rahmat

Kepada Ilahi Dipanjatkan Syukur

Semoga Berkekalan Keakhir Hayat










Majlis diteruskan dengan acara menyarungkan cincin tanda ikatan yang terus terjalin selama-lamanya insyaAllah.
Disamping itu majlis turut diserikan dengan zikir selawat kumpulan yang dijemput khas daripada Bekenu. Zikir berkumandang sebaik sahaja ijab kabul, taklik, penyerahan tanggungjawab dan doa. Sebelum itu majlis syahdu seketika kerana juru nikah selaku wali
perempuan sebak seakan-akan tidak dapat meneruskan majlis. Sedih agaknya kerana ini kali pertama mengakadkan anak sendiri.

Lagi syahdu apabila keempat-empat saksi turut menitiskan air mata. Nasib tak panjang, kalau tidak jadi macam filem hindustanlah pulak.
Saksi yang dipilih pula macam-macam dah stanby lama dah. Dua orang berbaju melayu lengkap, dua orang macam bapak-bapak yang diimport daripada Indonesia.. Lihatlah kalau tak percaya:


Yang bersongkok dan berbaju t-shirt tulah saksi. Kan dekat-dekat dengan Wak Sodorono dan Wak Sunyi Supi.. kah....(gurau jak)

Sekarang berkumandanglah zikir selawat daripada kumpulan yang diundang sementara dua mempelai ke bilik persalinan untuk bertukar pakaian ke pakaian seterusnya.







































Sementara kumpulan zikir mengalunkan zikir-zikir dan selawat para tetamu dijemput untuk mula menjamu selera. Kesian mereka terpaksa menunggu dan menanti. Dahlah hari panas. Masing-masing terseyum puas apabila dipersilakan untuk makan.













Masa yang ditunggu oleh sebahagian tetamu dan juga dua mempelai sekarang dah tiba. Persandingan dua mempelai diiringi oleh paluan kompang kumpulan hadrah daripada Bekenu. Apa lagi berpusu-pusulah jurugambar yang mengambil kesempatan, entah wakil daripada akhbar mana. Juru gambar yang ditempah pening nak cari angle.. kesian abang Pin...





















Kain Songket Sulaman Tangan
DiPakai Pasangan Semasa Bersua
Sama Cantik Sama Padan
Ibarat Pinang Dibelah Dua















Orang lain sibuk dengan pengantin bersanding, ada juga yang sibuk dengan jamuan tetamu tetapi dua dara yang didatangkan khas dari KL ni pula sibuk dengan tugasan khas yang diamanahkan kepada mereka berdua. Ira dan Maz bukan main bersemangat lagi mengagihkan buah tangan dan saguhati untuk tetamu.








Setelah selesai acara merenjis air mawar raja sehari dibawa ke meja untuk sama-sama menjamu selera. Diiringi bersama oleh kedua ibubapa masing-masing.

Akhirnya sekali lagi diucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang terlibat samada secra langsung atau tidak dalam menjayakan majlis perkahwinan pada kali ini. Semoga ianya dapat diteruskan lagi dimasa-masa akan datang. Semoga usaha murni ini akan mendapat cucuran rahmah dan berkat daripada Ilahi.

Juga penghargaan buat keluarga Azhari dan Kak Nor serta Encik Ali dan Efa.... yang sememangnya dari dulu, kini, diharapkan selama-lamanya asyik memperhambakan diri untuk adik-adik dan rakan taulan. Kali ini membantu dalam memeriahkan lagi rombongan pengantin lelaki, syabas dan tahniah... berkat Allah bersama kalian. InsyaAllah dimurahkan rezeki atas komitmen yang diberi. InsyAllah.

Gambar-Gambar Kenangan:-









































Bersambung....












































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































1 comment:

JACKEEN said...

Assalamualaikum
Sungguh indah cerita yang dicoretkan. Pelbagai metafora yang dapat dirasai apabila membacanya.. hehehhehe
Abe memang seorang penulis yang baik..
Walaubagaimanapun, saya ( lebih di kenali dengan nama Cik Shah oleh anak2 buah di sana) mengucapkan berjuta-juta terima kasih kepada Abe sekeluarga. Hanya Allah swt dapat membalas budi Abe sekeluarga yg tak terkira banyaknya..
Sambil membaca blog Abe ini, kami ( Shah & Nor ) sedang bertugas di hari Ahad 14 Dec 2008, kami amat terharu dengan jalan ceritanya dan amat seronok ketawa terbahak-bahak ( Nor sahaja)..huhuhu
Apa pun kirim salam rindu kami buat Along. Aiman , Hannan dan Afif. peluk cium dari kami buat mereka..
jumpa lagi di lain masa...
Insyaaalah
wassalam!!!