;

Thursday, September 2, 2010

Sederap Bersama Al-Quran Hari Kedua

Jam 2.50 petang, 1 September 2010 tamat satu pusingan 30 juzuk pembacaan al-Quran oleh peserta-peserta Sederap Bersama Al-Quran 2010. Bermakna dalam masa lebih kurang 24 jam 40 minit mereka telah berjaya khatam buat kali pertama. Syabas dan tahniah diucapkan.
Bacaan masih diteruskan sementara anak-anak pelajar dan warga guru khusyuk menyemak bacaan yang dialunkan para peserta.
Terkadang kedengaran suara guru menegur kesilapan peserta. Alhamdululillah setidk-tidaknya bumi SMKAM dilimpahi alunan bacaan ayat-ayat suci al-Quran. Juga tersebar ilmu membaca al-Quran yang benar-benar menepati hukum hasil teguran yang diberikan warga guru atas kesilapan yang berlaku.
Hari ini warga SMKAM agak tenang seketika kerana tiada majlis yang agak rasmi selain bacaan. Namun ada sebahagiaan guru yang kelihatan cuba mengqadha’ tidur yang tidak cukup semalam, disamping persiapan untuk hari seterusnya. Alhamdulillah dan tahniah diucapkan.
Majlis berbuka puasa secara sederhana dibuat demi memberikan suntikan semangat kepada para peserta yang mana sokongan akan tetap diberikan terhadap penyertaan serta kegigihan yang ditonjolkan.
Pada malamnya beberapa Jawatankuasa khususnya jawatankuasa Gimik penutupan sedang menyiapkan patern gimik baru untuk dipersembahkan. Kalau semasa perasmian pelancaran gimiknya hanya menekan keyboard computer tetapi perasmian penutupan dijanjikan ada kelainanan insyaAllah.

No comments: