;

Thursday, September 2, 2010

Perasmian Penutupan Sederap Bersama Al-Quran 2010

Persiapan terakhir untuk majlis penutupan dan khatam al-Quran pada hari ini (2 September 2010), Alhamdulillah, segalanya siap siaga hendaknya. Hampir jam 4.45 petang tibalah Tetamu Kehormat Tuan Haji Zaini Hasbollah, Ketua Unit Operasi Dakwah , Sektor Pendidikan Islam, JPN Sarawak yang akan merasmikan penutupan Sederap Bersama Al-Quran 2010. Gimik perasmian disempurnakan oleh Tetamu Kehormat tepat jam 5.00 petang. Ini bermakna bacaan al-Quran tanpa henti 1431H telah berjaya melalui masa selama 50 jam 50 minit.
Setelah perasmian penutupan disempurnakan oleh tetamu kehormat, maka tetamu dan guru-guru serta para peserta sederap bersama al-Quran diarak ke Surau Al-Falihin SMK Agama Miri.
Setibanya para tetamu di Surau Al-Falihin bacaan qasidah dialunkan bagi menandakan Majlis Khatam Al-Quran akan bermula. Khatam Al-Quran dipimpin oleh Imam Besar SMKAM al-Fadhil Ustaz Hamim Mohd Shahib.
Bagi memenuhi acara panutupan, seorang penceramah, Ustaz Shahrul Ramadhan daripada Kolej Komuniti , Cawangan Miri dijemput untuk menyampaikan tazkirah berkaitan fadhilat bulan ramadhan. Seterusnya tetamu dijemput ke perkarangan Surau untuk menghadapi juadah berbuka puasa dan sekali gus berbuka puasa setelah azan berkumandang.
Selesai solat maghrib, semua tetamu dihidangkan jamuan makan malam. Seterusnya solat isyak dan tarawih secara berjemaah, diimamkan oleh Al-Fadhil Ustaz Hamim bin Mohd Shahib.
Selesai solat witir barulah Majlis Perasmian Penutupan Sederap Bersama al-Quran dijalankan. Majlis dipengerusikan oleh Ustaz Sahril Sumardi.

Majlis kali ini dimulai dengan ucapan Aluan Oleh Tuan Haji Fazial bin Ahmad, Pengetua SMK Agama Miri. Antara isi ucapan beliau adalah berkaitan Penghargaan dan Ucapan terima kasih buat semua yang terlibat dan juga terima kasih atas kehadiran Tetamu Kehormat.
Seterusnya ucapan perasmian penutupan oleh, Tuan Haji Zaini bin Hasbollah, Ketua Unit Operasi Dakwah, Sektor Pendidikan Islam, JPN Sarawak. Tuan Haji Zaini mengucapkan syabas dan tahniah kepada warga sekolah atas kejayaan menganjurkan program yang mulia ini dan mengharapkan ianya diteruskan ke tahun-tahun mendatang walaupun peruntukan kewangan tidak dibekalkan. Beliau juga mengharapkan segala intisari ayat-ayat yang dibaca dihayati dan diamalkan dalam kehidupan agar nur atau cahaya al-Quran mampu membina jati diri yang cemerlang khususnya anak-anak pelajar. Tetamu kehormat juga mengharapkan warga sekolah berusaha dan berusaha untuk melahirkan generasi Ulul Albab sebagaimana yang telah diusahakan oleh masyarakat di negeri Terengganu sekarang. Majlis penutupan diteruskan lagi dengan penyampain sijil dan saguhati kepada semua peserta sederap dan tetamu.

Penyampaian diakhiri dengan penyampaian hadiah kenang-kenangan untuk tetamu kehormat tanda ucapan terimakasih atas kesudian untuk hadir.
Majlis diakhiri dengan bacaan doa oleh al-Fadhil Ustaz Hamzah bin Ismail
Akhirnya sekalung penghargaan daripada kami pihak pengurusan untuk semua yang terlibat dalam menjayakan program-program Ihya’ Ramadhan 2010 samada secara langsung mahu pun tidak lansung. Allah sahaja yang mampu membalas komitmen dan kerjasama kalian. Jazakumullahi Khairal Jazak.
Ucapan terimakasih yang tidak terhingga buat Pengarah Projek Sederap Bersama Al-Quran 2010, Al-Fadhil Tuan Abdullah Zahidi bin Abdul Halim.:

Untuk semua guru-guru dan para pelajar Selamat Bercuti, Selamat Menghabiskan Puasa Dengan Merebut Segala Peluang Yang disediakan Ilahi dan Selamat Menyambut Aidil Fitri. Maaf Zahir & Batin... daripada Ayohngoh1970 seisi keluarga.

No comments: