Hari ni sekali lagi SMK Agama Miri menggarab langkah mencipta kecemerlangan melalui program-program mendekatkan warga kepada Allah subhanahu wa taala.
31 ogos dipilih sebagai tarikh istimewa buat tahun 1431H kerana sambutan Kemerdekaan disambut dengan alunan bacaan ayat-ayat suci al-Quran oleh para pelajar sebagai penyudah kepada perancangan atau program yang dirancang diawal persekolahan 2010.
Sederap Bersama Al-Quran merupakan aktiviti kemuncak Ihya’ Ramadhan yang dinanti-nantikan oleh warga SMKAM khususnya para pelajar yang mempunyai sedikit kemahiran dan minat tentang al-Quran.
Seramai 216 pelajar telah terpilih daripada pelbagai kelas dan tingkatan untuk dinobatkan sebagai peserta Sederap Bersama Al-Quran 1431H.
Kerjasama dan komitmen semua warga menjadikan segala usaha yang direncanakan berjalan dengan baik khususnya persiapan sebelum perasmian pembukaan.

Seawal jam 1.00 tengahari , 31 ogos 2010 telah berkumpul semua peserta untuk taklimat terakhir sebelum perasmian pembukaan dilangsungkan. Majlis kali ini dimeriahkan lagi dengan kehadiran kebanyakan palajar bukan peserta serta guru-guru yang turut memberikan kerjasama terbaik dalam menjayakan program pada kali ini.
Sederap Bersama Al-Quran disempurnakan pelancaran pembukaannya oleh al-Fadhil Ustaz Ahmad Fauzi bin Yaakob, Ketua Unit Pendidikan Islam, Pejabat Pelajaran Daerah Miri seawal jam 2.10 petang.Dengan lafaz Bismilahirrahmanirrahim maka bermulalah aktiviti membaca al-Quran 1431H SMKAM yang akan berlangsung sehingga 2 september 2010.
Sebagai suntikan semangat kepada semua peserta, satu majlis iftar / berbuka puasa di lokasi program telah diatur dan kemeriahan terserlah apabila anak pelajar menjamu selera di tepi koridor dan laluan-laluan serta taman yang terdapat di sekitar tapak lokasi.

No comments:
Post a Comment