;

Tuesday, September 28, 2010

Ramah Tamah Aidilfitri 2010



Kemeriahan jelas kelihatan di wajah warga SMKAM khususnya para pelajar apabila Ramah Tamah Aidilfitri diadakan sejurus bermulanya hari persekolahan selepas cuti pertengahan penggal ke dua dan cuti hariraya Aidilfitri.


Masing-masing membawa dan menempah kuih muih serta makanan semata-mata meraikan rakan-rakan dan guru serta staf sokongan sekolah yang akan melawat kelas terbuka masing-masing.


Selain juadah dan hidangan untuk para tetamu kemeriahan dijelmakan dengan warna warni pakaian masing-masing sehingga ada yang sanggup menempah baju yang sama mengikut kelas masing-masing.


Tidak kurang guru-guru dan staf sokongan yang telah diagihkan kumpulan masing untuk menyediakan jamuan di dewan al-khawrizmi sebagai persediaan untuk menyambut ketibaan para tetamu iaitu rakan-rakan guru dan staf sokongan yang bukan beragama Islam dan para pelajar.

Lebih kurang jam 11.20 pagi, acara dewan terbuka dimulakan dengan pemotongan kek oleh pengetua SMKAM, Tuan Haji Fazial Ahmad sebelum ketibaan para pelajar.


Kek selamat hari raya disumbang oleh Encik Abdullah Zahidi dan keluarga.
AJK Hidangan bersiap sedia untuk menyambut kehadiran para tetamu


Para tetamu dilayan dengan senyuman dan makanan

Sambutan dimeriahkan lagi dengan agihan duit raya hasil sumbangan Koperasi SMKAM kepada semua warga SMKAM hasil keuntungan yang diperolehi daripada jualan tahun 2009 dan 2010. Agihan disempurnakan oleh Tuan Haji Fazial Ahmad, Pengetua kami, Penolong Kanan 1 dan ALK Koperasi.

Akhirnya sekalung penghargaan untuk semua atas kejayaan menganjurkan Ramah Tamah Aidil Fitri 2010. Jazakumullahi khairal jaza’
Untuk kenangan terimalah:







No comments: