;

Sunday, July 25, 2010

Allah Yasfika Ya Abati

Bapa mertua ku disahkan ada masalah jantung sebelum dibenarkan pulang oleh doktor pagi tadi. (25 Julai 2010). Selama 6 hari 5 malam Ayahanda terlantar di hospital Miri, setelah tidak bermaya dipagi selasa lalu akibat kurang tenaga kerana seminggu tidak ada selera untuk makan.
Kami anak-anak Ayahanda seisi keluarga hanya mampu menadah tangan memohon ke hadrat Ilahi memohon kesihatan dan kesejahteraan buat Ayahanda tercinta. Semoga Allah sentiasa melindungi dan menyelamatkannya daripada segala kemerbahayaan dan kemudaratan. Amin Ya Rabbal "Alamin.
Sekalung Penghargaan dan terima kasih yang tak terhingga buat sahabat dan kenalan serta ahli keluarga yang datang serta mendoakan kesejahteraan Ayahanda kami. Jazakumullahi khairal jazak. Tidak kurang juga yang sentiasa bertanya khabar melalui panggilan telifon dan sms. Doa dan kunjungan kalian memberi kekuatan dan semangat kepada Ayahanda (bapa mertua ku) untuk terus melawan segala cabaran dan dugaan yang mendatang.
Tidak ketinggalan pihak hospital khususnya para doktor dan jururawat serta semua staf yang telah memberikan perkhidmatan terbaik, jasa mu kami kenang.
Terimakasih untuk semua dan untuk ayahanda ku (bapa mertua ku ) الله يشفيك يا ابتي
Semoga Allah menyembuhkan ayahanda....
Buat kenangan kami paparkan gambar-gambar yang sempat dirakam semasa Ayahanda berada di wad 3, katil 20:

Keletihan membuatkan Ayohanda terlena seketika.

Bonda yang sentiasa berada di sisi Ayahanda.

Duduk seketika sambil melayani sanak saudara yang tiba.

Jururawat yang bertugas, mencari urat tangan Ayahanda untuk diletakan jarum sebagai punca memasukan air dan ubat bagi menambah tenaga Ayahanda.








No comments: