;

Saturday, August 7, 2010

Ahlan Wasahlan Ya Ramadhan

Bulan yang ditunggu-tunggu oleh setiap insan yang bergelar Muslim kini menjelma. Masing membuat persiapan yang tersendiri, ada yang ingin berpuasa di Mekah Al-Mukarramah, ada yang ingin berterawih berimankan Imam Hafiz, ada yang merancang untuk bertadarus dan bermacam-macam lagi. Semuanya ini hasil dari cahaya ketaqwaan yang masing-masing menyemainya dengan benih keimanan terhadap Ilahi.

Buat renungan sempena ketibaan Ramadhan 1431H marilah kita sama-sama menghayati beberapa intisari ayat suci al-Quran serta hadis Rasulullah untuk menjadi bahan bukti terhadap persoalan-persoalan yang lahir, antaranya mengapa kita perlu berpuasa, untuk apa kita berpuasa dan lain-lain persoalan lagi:-
Surah Al-Baqarah Ayat 183:
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا كُتِبَ عَلَيْكُمُ الصِّيَامُ كَمَا كُتِبَ عَلَى الَّذِينَ مِنْ قَبْلِكُمْ لَعَلَّكُمْ تَتَّقُونَ (١٨٣)
183. Wahai orang-orang Yang beriman! kamu Diwajibkan berpuasa sebagaimana Diwajibkan atas orang-orang Yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertaqwa.

Surah Al-Baqarah Ayat 185:
شَهْرُ رَمَضَانَ الَّذِي أُنْزِلَ فِيهِ الْقُرْآنُ هُدًى لِلنَّاسِ وَبَيِّنَاتٍ مِنَ الْهُدَى وَالْفُرْقَانِ فَمَنْ شَهِدَ مِنْكُمُ الشَّهْرَ فَلْيَصُمْهُ وَمَنْ كَانَ مَرِيضًا أَوْ عَلَى سَفَرٍ فَعِدَّةٌ مِنْ أَيَّامٍ أُخَرَ يُرِيدُ اللَّهُ بِكُمُ الْيُسْرَ وَلا يُرِيدُ بِكُمُ الْعُسْرَ وَلِتُكْمِلُوا الْعِدَّةَ وَلِتُكَبِّرُوا اللَّهَ عَلَى مَا هَدَاكُمْ وَلَعَلَّكُمْ تَشْكُرُونَ (١٨٥)
185. (Masa Yang Diwajibkan kamu berpuasa itu ialah) bulan Ramadan Yang padanya diturunkan Al-Quran, menjadi petunjuk bagi sekalian manusia, dan menjadi keterangan-keterangan Yang menjelaskan petunjuk dan (menjelaskan) perbezaan antara Yang benar Dengan Yang salah. oleh itu, sesiapa dari antara kamu Yang menyaksikan anak bulan Ramadan (atau mengetahuinya), maka hendaklah ia berpuasa bulan itu; dan sesiapa Yang sakit atau Dalam musafir maka (bolehlah ia berbuka, kemudian wajiblah ia berpuasa) sebanyak hari Yang ditinggalkan itu pada hari-hari Yang lain. (dengan ketetapan Yang demikian itu) Allah menghendaki kamu beroleh kemudahan, dan ia tidak menghendaki kamu menanggung kesukaran. dan juga supaya kamu cukupkan bilangan puasa (sebulan Ramadan), dan supaya kamu membesarkan Allah kerana mendapat petunjukNya, dan supaya kamu bersyukur.

Sabda Rasulullah s.a.w:
لو تَعْلَمُ أُمَّتِى مـا فى رَمَضَانَ لَتَمَنَّوْا أنْ تَكوْنَ السَّّنَةُ كُلُّهـا رمضَانَ
Kalaulah umatku mengetahui tentang keistimewaan-keistimewaan yang ada dalam bulan ramadhan nescaya mereka berharap-harap supaya setahun penuh itu bulan ramadhan.

No comments: