;

Saturday, July 24, 2010

JOGATON PIBG 2010

24 April 2010 - Syukur kehadrat Ilahi atas kelicinan perjalanan program JOGATON PIBG SMKAM 2010. Walaupun ianya diadakan secara sederhana tetapi kepuasan nampak jelas di wajah pengetua, Tuan Haji Fazial bin Ahmad & YDP PIBG Encik Meor Rosazman. Apatah lagi apabila tetamu kehormat YB Datuk Aidan Wing N.62 Lambir, selaku perasmi telah mengumumkan dana sebanyak 15 000.00 untuk PIBG dan sebagai pendahuluan untuk menaik taraf Dewan Al-Khawarizmi.


Guru-Guru dan Para Pelajar Setia Manunggu Bermulanya Acara
Taklimat tentang perubahan laluan disampaikan oleh Encik Mohamad Hasanuddin Mohamad

Taklimat perubahan laluan khusus untuk peserta lelaki

Kumpulan pertama dilepaskan oleh pelepas.
Warga tua, wakil guru-guru dan staf SMK Agama Miri. Selamat Berjuang.
Larian pada kali ini dapat diselesaikan lebih awal daripada waktu yang telah dijangkakan kerana laluan asal tidak dapat diteruskan memandangkan air laut & sungai pasang terlalu besar. Demi keselamatan para pelajar laluannya terpaksa dipendekan.
Bersedia untuk menyambut tetamu kehormat.

Ketibaan tetamu kehormat YB Datuk Aidan Wing dihiburkan dengan persembahan kompang formasi, Darbul Masyhur, SMKAM.

Bacaan dilafazkan serta dipimpin oleh Tuan Haji Hamzah Ismail.
Ucapan Aluan Oleh YDP PIBG, SMKAM, Encik Meor Rosazman.
Ucapan perasmian oleh Tetamu Kehormat YB Datuk Aidan Wing.
Gong dipukul sebanyak 3 kali oleh YB Datuk sebagai gimik perasmian JOGATON SMKAM 2010.
Penyampaian hadiah untuk para pemenang disempurnakan oleh tetamu kehormat YB Datuk.

JOGATON kali ini menceriakan kebanyakan warga sekolah khususnya mereka yang memenangi cabutan bertuah hasil sumbangan beberapa syarikat di sekitar Bandaraya Miri yang berupa hamper, tiket makan tengahari di beberapa buah hotel di Miri dan pelbagai barangan. Saksikan keceriaan sebahagian warga yang bertuah:





Penghargaan dan Ucapan terima kasih buat semua warga yang terlibat dalam menjayakan JOGATON pada kali ini samada yang terlibat secara langsung mahu pun tidak langsung.
Juga penghargaan yang tidak terhingga buat YB Datuk, Pejabat Pelajaran Daerah, Jabatan Penerangan Miri, PDRM, PBSM & JPA Cawangan Miri atas kerjasama yang amat cemerlang. Jasa kalian kami kenang.
Akhir sekali bergambar kenang-kenangan bersama YB Datuk & sekali lagi terima kasih daun keladi buat YB Datuk atas kesudian untuk bersama dan juga atas sumbangan yang dihulurkan.

No comments: