Jam 8.00 pagi Ayohngoh dan PK Pentadbiran serta Chief Clark sekolah telah bergegas ke Pejabat Pelajaran Daerah Miri untuk mendapatkan cek bantuan berkenaan dan menukarkan kepada wang tunai di CIMB. Apabila sampai di CIMB kelihatan beberapa Pengetua dan Guru Besar serta guru-guru pengiring daripada sekolah masing-masing. Kebimbangan tentang keselamatan terlerai apabila melihat beberapa pegawai polis bersedia untuk mengiringi serta menghantar pulang wakil sekolah ke sekolah masing-masing.
Masa agihan sebagaimana yang dihebahkan jam 11.00 pagi. Jam 11.15 belum lagi selesai urusan pengambilan wang tunai. Akibatnya bertalu-talulah, deringan telifon yang menyatakan ibubapa dah berkumpul dan ada yang tidak dapat menahan sabar. Nak buat macam mana??
Jam 11.30 selesai urusan, kami pun terus kembali ke sekolah dengan diiringi kereta peronda polis dan Pegawai Kewangan PPD Miri.

Sebahagian ibubapa telah bersedia di depan dewan dan guru-guru kelas bersiap sedia untuk menerima dan mengagihkan kepada yang berkenaan.


Sebelum agihan dibuat, pengesahan jumlah yang diterima dan diagihkan kepada kelas-kelas perlu dibuat dengan penuh hati-hati.

Setelah segalanya selesai barulah agihan bermula.



Tiba-tiba Ayohngoh terdengar suara daripada belakang memohon maaf.. dan katanya.." cikgu minta maaf, boleh saya tanya sikit? Kenapa sekolah ni perlu salinan kad pengenalan, sekolah lain tak minta? dengan nada suara yang agak kuat sehinggakan jelas kedengaran ke seluruh ruang dewan. Ayohngoh menjawab.. Kami minta untuk panduan, sekiranya berlaku apa-apa yang berbangkit. Beliau masih tak puas hati, kenapa sekolah lain tak perlu, mereka tak nak buat panduan, ke? Saya dah call Puan Rohani dan ceritakan perkara ni untuk disiasat...katanya. Jawab Ayohngoh: Ok call lah. Ni peraturan yang kami buat untuk keselamatan serta semakan nanti. Beliau masih tak puas hati lalu menambah " Tapi kenapa sekolah ni buat macam ni, menyusahkan ibubapa, sebab itu saya dah call Puan Rohani". Ulang beliau. Ok, kalau menyusahkan encik saya minta maaf tapi ini cara sekolah kami dan sekolah lain cara mereka, ini pun kami sediakan tempat photostate dan baru sebentar pegawai kewangan daripada PPD Miri datang tak komplin apa-apa pun".Kata Ayohngoh. Akhirnya dia bergegas pergi. Kata hati Ayohngoh, dia fikir susah dia je, yang guru-guru kelas duduk dari pagi sampai jam 4.00 ni tak menyusahkan kah? Inilah dikatakan manusia. Tertanya-tanya juga.. Puan Rohani mana satu yang di telifonnya. Setahu Ayohngoh.. Puan Rosnani ada la..
Apa-apa pun terima kasih dan sekalung penghargaan buat semua yang terlibat khususnya guru -guru kelas sesi 2011. Jazakumullahi khairal jazak.
No comments:
Post a Comment