

Segalanya berjalan lancar sebagaimana yang dirancang. Puji dan syukur terhadap Ilahi, atas nikmat kurniannya.
Akhirnya, terima kasih yang tak terhingga buat semua warga SMKAM yang telah memberikan komitmen dan kerjasama yang amat terbaik. Jazakumullahi khairal jazak. Juga buat para peserta, VVIP dan para tetamu bermula perasmian pembukaan hingga ke perasmian penutup an. Semuanya berjalan dengan licin dan teratur, membuktikan kita mampu membina kecemerlangan di SMKAM.Tanpa kegigihan dan kesungguhan semua pihak mungkin program tinggal program. Kerjasama dan komitmen sebegini harus dikekalkan sehingga bila-bila masa insyaAllah. Sekali lagi jazkumullahi khairan kathira. Gambar-gambar kenangan sepanjang program bermula 22 Ogos sehingga 25 Ogos 2011:
Persiapan sebelum oleh JK Gimik di ketuai Ustaz Shahdan..
Ketibaan yang dinanti.

Ucapan aluan oleh wakilpengurusan, Ustaz Mohd Sopey bin Hussin.

Ucapan perasmian oleh Tetamu Kehormat.
YB Ripin diiring ke lokasi utama sederap.
Peserta sederap diarak oleh YB dan para tetamu ke tapak Sederap Bersama Al-Quran, dikepalai kumpulan kompang sekolah.









Begitulah perjalanannya program Sederap Bersama Al-Quran 1432H, semoga ianya mampu membina sedikit penghayatan untuk semua warga. Sekali lagi, Jazakumullahi khairal jazak.....
Nantikan laporan menghidupkan sunnah semasa penutupan sederap bersama al-Quran 1432H.
1 comment:
good job. Tahniah!
Post a Comment