;

Monday, May 2, 2011

MTQ Bahagian 2011


Alhamdulillah, nasib menyebelahi anak-anak SMKAM dimana kesemua acara yang dimenangi dalam Majlis Tadarus Al-Quran Peringkat Daerah Miri baru-baru ini masih lagi dirangkul di MTQ Peringkat Bahagian Miri.





Dalam masa yang sama SMKAM sekali lagi diiktiraf sebagai juara Karnival Nasyid Peringkat Bahagian Miri yang juga diadakan serentak dengan Majlis Tadarus Al-Quran Peringkat Bahagian di Marudi. Keputusan ini turut melayakan mereka ke MTQ dan Karnival Nasyid Peringkat Negeri Sarawak pada bulan ini di Mukah. Ucapan terima kasih dan sekalung penghargaan untuk semua peserta dan guru-guru yang banyak membantu, jasa kalian sentiasa kami kenang.

Juga ucapan terima kasih yang tidak terhingga buat semua pemberi semangat dan motivasi serta pendorong sehingga tercapainya kejayaan ini, khususnya Ustaz Fauzi, Ustaz Deen, Ustaz Pidi dan sesiapa sahaja yang terlibat secara langsung mahu pun tidak langsung.

Gambar kenang-kenangan: Nabilah Rumainur Johan Hafazan Kategori Perempuan


Johan Hafazan Kategori Lelaki , Mohamad Amirul

Ummi Umira binti Firdaus, Johan Qariah

Johan Qari, Mohamad Izzat bin Mukhali
Wakil kumpulan Nasyid Shaoutul Falihiin, Ekram Jamil mengambil hadiah.
Hakim-hakim Bahagian Hafazan

Persembahan daripada Juara Nasyid Sekolah Menengah


Gambar kenangan bersama kontinjen SMKAM Kenangan bersama, semasa perjalanan pulang pahlawan-pahlawan SMKAM



Terima kasih buat segalanya dan syukur atas kurniaan Ilahi.

No comments: