;

Wednesday, May 11, 2011

Ingat Jangan Tak Ingat

Semua orang memilki masalah. Majikan punya masalah. Orang bawahan punya masalah. Orang lama punya masalah dan orang baru pun ada masalah. Jadi kita semua ada masalah. Bezanya kecil atau besar masalah yang dihadapai atau sejauh mana tanggapan individu terhadap masalah yang dilalui.
Persoalannya, antara majikan dan anak buah. Siapa sepatutnya membantu menyelesaikan masalah siapa? Anak buah kah demi menghormati boss yang sememangnya semua orang tahu yang dia tu boss, atau majikan kah demi menjaga dan memberi penghormatan terhadap orang yang akan melakukan kerja-kerja yang akan diarahnya nanti?
Ada yang mengatakan bosslah sebab dia bos tak kurang juga ada yang mengata anak buah lah sebab boss mesti diutamakan.... Jawapan anda? Buat kerja masing-masing, masalah, selesai masing.
Maksud firman Allah:
"Sesungguhnya orang-orang beriman itu bersaudara". .." Tiada beza antara orang-orang arab dengan orang-orang 'ajam. Sesungguhnya orang yang paling mulia di sisi Allah adalah orang yang paling bertaqwa"
Maksud hadis:
"Sekiranya kamu menolong saudara kamu di dunia pasti Allah menolong kamu di dunia dan akhirat"
Jadi, renung-renungkan maksud nas di atas serta tepuk dada tanya iman, siapa seharusnya mengalah.
Rahsia kehebatan seseorang majikan atau bos terletak pada rahsia kehebatan anak buahnya, juga rahsia kehebatan anak buat terletak pada rahsia kekuatan dan kehebatan bosnya.
Sehebat mana pun majikan kalau anak buah tidak memahami misi dan visinya pasti lingkup. Sehebat mana pun anak buah kalau majikan asyik memandang serong terhadap segala tindakan anak buahnya pun boleh hancur. Apatah lagi kalau ada dalam kalangan bos-bos yang asyik mencari kelemahan atau kekurang atau asyik mencari pasal dengan si anak buah pasti huru hara akan berlaku.
Ingat, bos walaupun kuasanya lebih, dia hanya berdiri megah sebatang kara, berbeza dengan anak buah, walaupun ianya insan kerdil tetapi ianya tidak berdiri sendiri bahkan akar-akar yang kecil dan halus turut menyokongnya dari bawah.
Bebeza dengan bos yang berjiwa rakyat tetapi sebahagian anak buahnya berhati laknat. Rakyat akan sentiasa membantu bos yang berjiwa rakyat untuk melenyapkan rakan-rakan yang bersifat laknat.
Majikan yang berjiwa rakyat akan dikenang keakhir hayat, manakala majikan yang khianati rakyat melalui kehidupan yang amat dahsyat... renung-renungkanlah.

No comments: