Bagi tetamu yang kali pertama melihatnya sememangnya tidak ada selera untuk memakannya. Ayohngoh pun pada mulanya tidak tergambar difikiran yang ianya boleh dimakan. Bentuknya seolah-olah kanji yang telah dicampur air untuk dijadikan pelekat kertas layang-layang semasa zaman kanak-kanak dahulu.
Itu semasa mula-mula tengok tetapi bila mula-mula dihidangkan oleh ibu mertua ku, apa lagi, bukan tiada selera pantang jumpa. Pernah suatu ketika dahulu (awal-awal menjadi menantu kepada ibu mertua ku) macam ketagih pulak, tak perkena tak senang duduk sehingga boleh dikatakan setiap kali hujung minggu pasti menelannya.
Menu asliannya sudah ternoda dek pengubah-pengubah menu di sini sebab itu Ayohngoh menamakam linut yang disediakan dan dihidangkan keluarga Ayohngoh dengan Linut Edisi Ibu Mertua Ku. Bahan-bahan sokongannya tidak sama satu keluarga dengan keluarga yang lain. Ianya diubah mengikut selera masing-masing.
Tepung kanji sememangnya asli tetapi bahan sokongannya pelbagai. Hidangan ibu mertua ku biasanya mesti ada sardin sayur hijau, ikan masak asam dan ikan goreng. Cara membuatnya sebagaimana berikut:
Tepung Lamanta’ dicampur sedikit air biasa seperti ini.
.jpg)
.jpg)
Kacau sehingga ianya sebati dengan air panas yang dicampur tadi. Jadi ia sbegini.
.jpg)
.jpg)
Sekarang sedia untuk dihidang:
.jpg)
.jpg)
Sekarang jom kita makan Linut Edisi Ibu Mertua Ku..jpg)
.jpg)
Cara memakannya, mula putarkan penyepit buluh ke dalam bekas yang berisi linut tadi,
.jpg)
Kemudian cecahkan ke dalam sardin yang telah dimasak,
.jpg)
atau cecahkan ke dalam kuah ikan masak asam,
.jpg)
Lepas tu, tengok dok merah dah..
.jpg)
Tunggu apa lagi, telan saja lah...
.jpg)
.jpg)
1 comment:
salam.
kamek pun suka..huhu..sbb mmg org melanau asli..hihi..tp husben tak pandai mkn lagi .dia org kedah.
Post a Comment