Kali ini, Ayohngoh nak berkongsi maklumat tentang doa akhir dan awal tahun hijrah untuk panduan bersama. Walaupun dah agak terlewat yang sepatutnya semalam dikongsi bersama namun rasanya masih berguna untuk sesiapa yang kehilangan nota doa ini. Mungkin boleh diguna pakai untuk tahun-tahun hadapan. Namun kalau anda belum membacanya untuk 1431 hijrah rasanya masih tidak terlewat, Allah tahu segala-galanya.
Ayohngoh tertarik untuk berkongsi doa-doa ini, setelah terfikir semalam mungkin ramai kekawan yang mencari-mencari mana doa-doa tersebut. Jadi jomlah kita kongsi bersama semoga 1431H menjanjikan seribu kerahmatan untuk kita semua dunia dan akhirat.
Memantapkan ukhuwwah memperkasakan ummah,
Tema utuh maal hijrah,
Bersama kita mengharapkan rahmah,
Dunia akhirat mendapat maghfirah.
Doa Akhir Tahun Hijrah
الحمدُللهِ رَبِّ العالمينَ والصَّلاةُ والسلامُ على سيدنا محمدٍ وعلى ءالهِ وصحْبهِ وَسَلَّمْ. اللهُمَّ ما عَمِلْنَا فى هذهِ السَّنةِ ممَّا تَهِيْتَنَا عنْهُ فلمْ نَتُبْ منْهُ ولم ترْضَهُ ولمَ ْتَنْسَهُ وَحَلُمْتَ عليْنا بعْدَ قُدْرَتِكَ على عُقُوْبتِنَا إلى التَّوْبَةِ منهُ بعْدَ جُرْأتِنَا على مَعصِيًتِكَ فَإِننأ نَسْتغْفِرُكَ فاغْفِرْلَنَا ومَا عَمِلْنا فِيْها مِمَّا ترْضــاَهُ وَوَعَدْتَنَا عَلَيْهِ الثَّوَابَ فَنَسألُكَ اللّهُمَّ يَا كَرِيْمَ يا ذالجلالِ والإكرامِ أنْ تَتَقبَّلَهُ مِنَّا ولا تَقْطَعْ رَجَاءَنَا منْكَ يا كَرِيْم وصلى الله على سيدنا محمدٍ وعلى اله وصحبه وسلَّمْ والحمْدُلِلهِ ربِّ العــالمِينَ
Segala puji pujian bagi Allah, Tuhan sekalian alam. Semoga Allah mencucuri rahmat dan kesejahteraan kepada junjungan kami nabi Muhammad s.a.w. serta keluarga dan semua sahabat baginda.
Ya Allah, apa yang telah kami lakukan pada tahun ini dan apa yang telah engkau tegah daripada melakukan, pada hal kami belum bertaubah kepadaNya, dan Engkau tidak meredhainya, tidak melupainya pada hal Engkau berlembut tidak mengazab kami malah memberi peluang kepada kami untuk bertaubat selepas kami ceburkan diri dengan maksiat maka kami memohon keampunan kepadaMu, ampunilah kami, segala perbuatan yang telah kami lakukan sepanjang tahun ini yang Engkau redhai dan yang engkau telah janjikan
pahala maka kami mohon pada Enkau ya Allah Tuhan yang Maha Pemurah, yang empunya kebesaran dan kemuliaan, terimalah akan dia daripada kami dan janganlah Engkau menghampakan harapan kami daripadaMu ya Allah yang Maha Pemurah. Moga dicucuri rahmah juga kesejahteraan ke atas junjungan Nabi Muhammad s.a.w. serta keluarga dan para sahabat baginda. Segala puji-pujian itu bagi Allah, Tuhan seru sekalian alam.
Doa Awal Tahun Hijrah:
الحمدُللهِ رَبِّ العالمينَ والصَّلاةُ والسلامُ على سيدنا محمدٍ أشْرَفِ المُرْسَليْنِ وعلى ءالِهِ وَصَحْبِهِ أجْمَعِينَ. اللهُمَّ أنْتَ الأبَدِيُّ القَدِيْمُ الأوَّلُ وعلى فَضْلِكَ العَظيْمِ وُجُوْدِكَ المُعَوَّلِ، وَهذَا عَامٌ جَدِيْدٌ قَدْ أقْبَل عَلَيْنا، نَسْأَلُ العِصْمَةَ فِيْهِ منَ الشَّيْطانِ الرَّجِيْمِ وَأوْلِيَاءِهِ وَجُنودهِ والعَوْنَ على هذِهِ النَّفْسُ الأمّارَةِ بِالسُّوْءِ والإشْتِغَالِ بِمَا يُقرِّبُنَا إليْكَ زُلْفى، يا ذَالجَلالِ والإكْرامِ يا أرْحَمَ الرَّاحِمِيْنَ. وصلى الله على سيدنا محمدٍ وعلى ءالهِ وَصحْبِهِ وَسَلَّمَ سُبْحَانَ رَبِّكَ رَبِّ العِزَّةِ عَمَّا يَصِفُوْنَ وَسَلامٌ على المُرْسَلِيْنَ والحَمْدُلِلهِ رَبِّ العَالَمِيْنَ.
Segala puji-pujian tetrtentu bagi Allah, Tuhan semesta alam. Rahmat dan sejahtera ke atas penghulu kami Nabi Muhammad s.a.w., kaum keluarga dan sahabat-sahabat baginda sekalian.
Ya Allah, wahai Tuhan kami, Engkaulah yang kekal buat selam-lamanya, sedia ada lagi dengan tiada permulaan, kelebihanMu Maha Besar dan kemurahanMu melimpah ruah. Dengan ketibaan tahun baru ini, kami memohon kepada Mu agar memelihara kami daripada gangguan dan tipu daya syaitan yang terlaknat juga dari kuncu-kuncunya dan bala tenteranya, juga kami memohon kepada Mu agar memantapkan kami bagi menundukkan runtuhan nafsu ammarah(nafsu yang mendorong ke arah kejahatan), kami juga memohon kepada Mu agar mencetuskan keinginan untuk melakukan kerja-kerja kebajikan bagi mendekatkan diri kepada Mu, Ya Allah Yang Maha Agung Lagi Maha Mulia, Ya Allah Tuhan Yang Sebaik-baik mengurnikan rahmat. Cucurilah rahmat dan kesejahteraan ke atas penghulu kemi Nabi Muhammad s.a.w., kaum keluarganya dan para sahabatnya. Dengan segala puji-pujian itu untuk Allah, Tuhan sekalian alam.
No comments:
Post a Comment