;

Friday, October 23, 2009

Klinik Pindaan Undang-Undang Kecil Koperasi

Alhamdulillah berakhirlah sudah Klinik Pindaan Undang-Undang Kecil Koperasi yang diadakan di Dynasty Hotel, Miri sejak semalam. Suruhanjya Koperasi Malaysia Cawangan Sarawak merupakan penganjur utama klinik ini telah membimbing dan memandu kami menyiapkan pindaan undang-undang berkenaan. Pada mulanya pening juga apabila melihat buku undang-undang kecil yang ada. Apa yang nak dipinda, apa yang nak dikekal? Bahasa perundangan pun terkadang susah juga nak difahami. 
Ayohngoh, Ustaz Shahi dan Cik Julina adalah wakil Ahli Lembaga Koperasi Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Miri Berhad yang diarah untuk hadir.
Setelah penerangan dan taklimat dibuat oleh pegawai SKM barulah jelas dan nampak apa yang harus dipinda. Apa lagi bila segalanya diberi dalam bentuk soft copy dan perkara yang perlu ditukar hanya beberapa tempat yang telah dihigh lightkan. Jadi rilekle sikit.
Dihari kedua bukan main ramai peserta yang datang. Rasa-rasanya hampir 50% pertambahan daripada semalam. Ayohngoh agak mereka tertarik dengan Tajuk Kertas Kerja yang akan dibentangkan pada pagi ini, SKIM CEPAT KAYA. Yang kesiannya, apabila pembentangan yang dibuat hanya pendedahan tentang isu-isu yang timbul hasil daripada ketidak bertanggungjawabnya sebahagian Ahli Lembaga Koperasi terhadap akta dan undang yang telah digubal. Mereka menjadikan Koperasi sebagai wadah untuk menyusun beberapa aktiviti Skim Cepat Kaya.
 Apa lagi masing-masing lesu. Ayohngoh sendiri pun salah faham. Ingat ada contoh skim cepat kaya yang boleh diurus melalui koperasi. Alamaknya kelihatan banyak wajah yang kecewa. Nasib free, ada jamuan lagi. Berbaloilah juga. Kalau tidak masuk angin keluar asap.
Itulah ceritanya.... Sebenarnya program ni, adalah program yang paling santai pernah ayohngoh hadiri. Maklumlah, dalam jadual bukan main padat. Dari jam 2.30 sampai 5.30, 8.30 sampai 10.00 malam, hari ni pula 8.30pagi sampai 12.30. Hakikatnya-Taklimat dalam setengah jam, buat pindaan dalam 1 jam, dan Pembentangan Skim Cepat Kaya dalam 45 minit. Lebihan masa yang lain adalah aktiviti bebas dan aktiviti menunggu masa makan.
Namun pindaan yang dibuat walaupun nampak mudah tetapi ianya akan diguna pakai dan akan menjadi dasar kepada koperasi masing-masing sepanjang masa selagi tiada perubahan atau pindaan lain. Hasil pindaan pada kali ini juga perlu dibawa kedalam mesyuarat agung koperasi dan diserahkan kepada Suruhanjaya Koperasi Malaysia.  

1 comment:

Abu Huzaifah said...

Pagi ini terdetik hati nak buka blog ustaz,bila tengok gambar majlis persaraan ust .Zabidah..teringat SMKAM...bila dapat ziarah.Kirim salam kepada semua; guru-guru ,staf ,JPP dan semua murid.Wassalamualaikum warahmatullah