;

Friday, October 23, 2009

Jangan Ikut Rentak Kawan

Assalamualaikum, apa khabar semua kawan, kaku rasanya bila dah lama tidak mencoret sesuatu. Kebetulan ada masa terluang, namun otak beku, kata kawan (mukh ta'ban)(khesu' otok) terdetik di hati Ayohngoh untuk sama-sama kita merenung karangan ringkas tetapi penuh makna. Hasil nukilan Razzi Armansur dalam bukunya Susah dan Senang di bawah tajuk, Jangan Ikut Rentak Lawan.... Jom kita hayati bersama..
Bila kita mengikut rentak mereka, kita yang kalah. Kita yang susah. Senang jauh sekali.
Pasukan bola sepak yang mahir tahu benar akan perkara ini. Jika mereka ikut rentak lawan, akhirnya mereka kecundang. Susah nak cari makan lepas itu bila nama sudah tenggelam. Ketengahkan rentak sendiri sambil mengawasi rentak lawan adalah cara untuk menang. Jika rentak lawan diikut, bila masa nak mengetengahkan rentak sendiri?
Peninju profesional pun begitu. Mereka mengetengahkan rentak dan cara mereka sendiri sambil mengawasi rentak lawan - katalah lawannya menggunakan teknik 'rope a rope' (banyak bersandar di tali, stail Muhammad Ali) atau 'side sting' (stail Larry Holmes) atau 'dive suprise' (satil Joe Frazier) atau 'defence and attack' (stail George Foremen), akhirnya dalam masa yang singkat, mereka akan dikalahkan oleh lawan. Pun susah nak cari makan lagi selepas itu walau pun sekali lawan, 'makan tak habis'.
       Guru silat yang berpengalaman (bukan yang cari makan)  pun menasihatkan begitu- kalau ikut rentak lawan pasti hancur, pasti kalah. 'Pukulan maut' tak menjadi berganti dengan 'Terpukul Maut'. 'Kunci Buah' tak menjadi bertukar menjadi 'buah yang terkunci'. Susah...
Penduduk di Taif menghina Rasulullah s.a.w. dengan begitu teruk sekali. Tak terukkah meletakkan najis di depan pintu rumah seorabg Rasul? Belum lagi dibaling batu, dihalang dan berbagai-bagai lagi bentuk deraan fizikal dan mental. Adakah Rasulullah mengikut rentak lawan beliau? Adakah Rasulullah s.a.w. membalas balik perbuatan mereka yang sangat keji itu? Tidak sama sekali, Rasulullah s.a.w. tidak memusuhi mereka. Bahkan, Rasulullah s.a.w. mendoakan ereka dengan doa-doa kebaikan. Itulah amalan terpuji yang mesti anda ikuti-jangan ikut rentak lawan. Ketengahkan kebolehan sendiri lebih mendatangkan kesenangan berbanding dengan mengikut rentak lawan. Susah kalau ikut rentak lawan........ mukasurat 11 dan 12..... Buku Susah dan Senang Karangan Razzi Armansur .
 Nah, para sahabat sekalian, cantik dan relevan. Tak payah kita nak cari-cari pasal. Buat sakit hati je. Kita kan ada cara sendiri. Kata seorang kawan, orang bagi tahi kita balas bunga, bagi tahi balas bunga, bagi tahi balas bunga. Akhirnya pasti bunga yang kita bagi akan jadi subur disebabkan baja tahi yang diberi kawan.... Fikir-Fikirkan.

1 comment: