;

Monday, December 5, 2011

Jom.... Balik Kampung

Anak-Anak bukan main lagi, terlalu ghairah untuk pulang ke pangkuan atuknya(tok cik)… SiAbi ngan Si Ummi tak habis-habis dengan kerja. Siang malam, pagi petang.. asyik kerja, kata sianak… kata cuti….
Hari ni, seawal jam 5.30 pagi anak-anak sudah bersedia untuk mandi walau waktu penerbangan jam 11.25 pagi.
Si Abi dan Si Umi pula rasa macam tak puas tidur, apa taknya. Dah beberapa hari asyik ke hulu ke hilir, menyiapkan mana yang belum siap sebelum berangkat pulang. Berakhir semalam selepas kenduri anak Encik Senin,di Eastwood terus ke sekolah menyiapkan kerja-kerja terakhir untuk membantu anak-anak tingkatan 5 dan 6 dalam pemarkahan kokurikulum 2011. Jam 12 lebih baru berangkat pulang ke rumah dan selesaikan mana-mana yang perlu diselesaikan untuk esok pula.
Terima kasih buat Shahril & Deng sekeluarga serta Al-Fadhil Ustaz Ali & Faiz kerana menghantar kami sekeluarga ke Lapangan Terbang Miri.
Kini syukur segalanya, kami selamat sampai di kampung halaman hampir jam 6.30 petang setelah dijemput Tok Cik, Ayahsu Rojak & Pok Nik sekeluarga.
Seronoknya di kampung ni, pagi-pagi dah mula keluar mencari bakalan perut. Kampung kecil, tapi gerai @ warung tak dapat dihitung dengan jari. Pelbagai juadah dijual. Nasi kerabu, Nasi Minyak, Nasi Dagang, Nasi Lemak, Nasi Himpit, Nasi Berlauk, Nasi Pulut, Laksa, Laksam, Karipap, Puteri Ayu, Cek Mek Molek, Donat dan pelbagai lagi.
Setiap kali pulang ke kampung pasti ada warung yang baru dibuka. Itulah kampung halaman ku. Kampung Benting Lintang, Besut Terengganu.
Cuma kepulangan tahun ini ada sedikit perbezaan, Tok Cik tidak lagi di rumahnya, bersama kami. Tok Cik tinggal di rumah isteri baru tok Cik. Letaknya tidak berjauhan daripada rumah lama Tok Cik namun anak-anak khususnya Abang Aiman sedikit terasa kerana tahun ini tidak dapat bersama Tok Cik minum pagi di warong sebagaimana tahun-tahun yang lepas.
Namun, anak-anak tetap seronok, apa lagi rumah tokcik ni cukup lapang dan luas untuk melompat dan bermain, berbeza rumah abinya. Lagi seronok setiap waktu ada saja sanak saudara datang bertandang untuk bermian.

2 comments:

WanShila said...

selamat bercuti-cuti bersama keluarga..jemput dtg kenduri akikah pd 25hb di mantin.

AyohNgoh1970 said...

Thanks 4 ur comment & ur invitation