;

Monday, December 5, 2011

Buat Renungan.. Hati

Hati, apabila telah tenang dan jiwa apabila sudah tenteram, maka manusia yang memilikinya itu pasti akan merasa kelazatan istirehat yang sebenar-benarnya. Halawatul iman akan dapat dirasainya, bahkan segala permasalahan dan kesulitan serta dugaan hidup dapat dilalui dengan penuh ketabahan dan keberanian. Ini semua adalah tahap keyakinan yang tinggi terhadap Rabbul Izati, Tuhan sekalian makhluk. Marabahaya yang bagaimana sekali pun akan dapat dibereskan dengan penuh kebijaksanaan. Ia yakin pertolongan Allah pasti akan sampai, sebab hanya Dialah yang dapat membukakan pintu yang tertutup. Maka ia tidak perlu mengeluh dan tidak patut berputus asa.
Firman Allah:
وَلَقَدْ أَرْسَلْنَا رُسُلا مِنْ قَبْلِكَ وَجَعَلْنَا لَهُمْ أَزْوَاجًا وَذُرِّيَّةً وَمَا كَانَ لِرَسُولٍ أَنْ يَأْتِيَ بِآيَةٍ إِلا بِإِذْنِ اللَّهِ لِكُلِّ أَجَلٍ كِتَابٌ
38. dan Demi sesungguhnya! Kami telah mengutus Rasul-rasul sebelummu, dan Kami jadikan untuk mereka isteri-isteri dan zuriat keturunan. dan tiadalah sebarang Kuasa bagi seseorang Rasul untuk mendatangkan sesuatu mukjizat melainkan Dengan izin Allah. tiap-tiap satu tempoh dan waktu ada baginya perkara dan hukum Yang telah ditentukan oleh "Suratan Azali". (Ar-Ra’d:38)

هُوَ الَّذِي أَنْزَلَ السَّكِينَةَ فِي قُلُوبِ الْمُؤْمِنِينَ لِيَزْدَادُوا إِيمَانًا مَعَ إِيمَانِهِمْ وَلِلَّهِ جُنُودُ السَّمَاوَاتِ وَالأرْضِ وَكَانَ اللَّهُ عَلِيمًا حَكِيمًا
4. (Tuhan Yang membuka jalan kemenangan itu) Dia lah Yang menurunkan semangat tenang tenteram ke Dalam hati orang-orang Yang beriman (semasa mereka meradang terhadap angkara musuh) supaya mereka bertambah iman dan yakin beserta Dengan iman dan keyakinan mereka Yang sedia ada; pada hal Allah Menguasai tentera langit dan bumi (untuk menolong mereka); dan Allah adalah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana. ( Al-Fath:4)

No comments: