;

Tuesday, January 17, 2012

Mesyuarat Guru 1/2012

Alhamdulillah, Mesyuarat Guru 1/2012 berjaya diteruskan sebagaimana yang telah dirancang sebelum sesi persekolahan 2011 berakhir.
Hari ini 28 November tercetus segala perancangan 2012 buat semua guru samada yang berkaitan dengan Akademik, Sahsiah dan Kokurikulum. Semuanya diterima dengan tangan terbuka oleh warga guru SMK Agama Miri.
Sebelum mesyuarat bermula satu taklimat khusus tentang SBPA dan Opsyen Berpencen dilakukan oleh pihak pentadbir.Habis je taklimat, kami pun masing-masing menurunkan tandatangan,
PK HEM dan PK Tingkatan 6 pun turut sama tandatangan. Enam Puluh Enam Puluh lah.
Kemudian sekolah dikunjungi pula oleh pegawai daripada Sektor Pendidikan Islam, JPN Sarawak. Mesyuarat ditanguhkan seketika.
Seterusnya mesyuarat disambung semula. Kerjasama dan sokongan ahli mesyuarat amat memuaskan.Wajah-wajah ceria warga guru SMK Agama Miri.
Semuanya khusyuk mendengar taklimat dan penerangan daripada pengerusi.
Paling menyeronokan warga guru apabila dimaklumkan tentang pencapaian SMK Agama Miri dalam PMR baru-baru ini. Keputusannya terbaik berbanding beberapa tahun yang lalu. Seramai 9 pelajar berjaya merangkul 9A.
Pencapaian kali ini mampu memberi suntikan motivasi serta menjadikan guru-guru semakin bersemangat untuk terus menabur bakti demi kecemerlangan pelajar dan sekolah tercinta.
Syabas dan tahniah buat semua guru atas kerjasama dan sokongan yang diberikan. Semoga 2012 adalah tahun kita merealisasikan segala impian dan matlamat kita, insyaAllah.
HIDUP SMKAM.. HIDUP SMK AGAMA MIRI... Ayuh kita bina kecemerlangan bersama..

No comments: