;

Wednesday, December 14, 2011

Jalinan Ukhuwwah Sepanjang Zaman

10 Disember 2011, berkat malam gerhana bulan, mempertemukan kami sebahagian bekas pelajar SM Agama Maarif Besut, sesi 1983-1985 bertempat di hadapan Masjid Pengkalan Nyireh Besut. Masing-masing membawa cerita tersendiri setelah berpisah selama kurang lebih 25 tahun khususnya dengan Ayohngoh.
Kami berpisah selepas peperiksaan SRP, dimana hanya beberapa bulan di Tingkatan 4, Ayohngoh berpindah ke SM Agama Sultan Zainal Abidin, Batu Buruk dan mengambil Ijazah serta terus memulakan kerja di Bumi Kenyalang, sehingga kini.

Sebahagian rakan sentiasa berhubung antara satu sama lain kerana berkebetulan lokasi kerja dan tempat tinggal mereka masih di sekitar Besut. Namun ramai juga rakan-rakan seangkatan kami yang berhijrah ke tanah air orang kerana mencari rezeki atau pun mengikut pasangan masing-masing.

Walau pun kerjaya kami berbeza namun pertemuan sebegini amat bermakna, selain bertanya khabar dan mempereratkan lagi ukhuwwah antara kami, pertemuan sebegini juga mampu menyelami dan berkongsi permasalahan yang dihadapi oleh sebahagian teman.

Teringat Ayohngoh dengan kata-kata seorang teman (Abu Kasim), " Wang ringgit boleh habis tetapi HUBUNGAN UKHUWWAH tak akan habis/putus sehingga ke akhir ayat ."Walaupun 8 orang dapat kami kumpulkan selepas solat sunat gerhana bulan, namun detik-detik waktu yang ada tidak kami sia-siakan sehingga jam hampir 1.00 pagi. Masing-masing ada cerita tersendiri.

Ustaz Saiful dan Yang Mulia Abu Kasim telah menaja pertemuan kami pada malam ini dengan hidangan satay dan kuey tiew goreng. Sambil bersembang, jangan lupa bergambar kenang-kenangan dulu.

Dalam pertemuan yang singkat dan penuh makna ini, Ayohngoh sempat merakamkan beberapa keping gambar untuk diupload dalam blog ini buat tontonan rakan-rakan seangkatan dan sesiapa sahaja yang berminat. Inilah sebahagian teman sehidup semati ku, Abu Kasim, bakal YB Daerah Besut, insyaAllah.


Pegawai Waran Maarof bin Hussin, TUDM.


Encik Mohd Rashidi Al-Munir, Pegawai Pendidikan di Jabatan Pelajaran Negeri Terengganu.Ustaz Saiful Bahri bin Mohamad, Ustaz hebat dan serba boleh.Encik Rusdi bin Mat Hassan (Sedi Tok Ime) Ahli Perniagaan Mohd Khairul Amran bin Husin, Ahli Perniagaan
Encik Ramli, Ahli Perniagaan.


Akhirnya, alhamdulillah, syukur kehadrat Ilahi atas kesempatan yang diberikan kepada kami untuk mengukuhkan lagi silaturrahin yang telah sekian lama terjalin. Semoga pertemuan dan persahabatan ini dirahmati dan diredhai.


Buat semua sahabat, terima kasih atas usaha mengadakan pertemuan ini, khususnya Khairul Amran(Meran) yang telah menemukan kami dipertemuan pertama hari tu (6 Disember 2011) sehinggalah terjadinya pertemuan kedua ini dan insyaAllah ada lagi pertemuan-pertemuan seterusnya. Juga buat penaja-penaja makan minum kami. Ucapan yang paling bermakna buat kalian Jazakumullahi khairal Jaza'.


Buat renungan:


إنمـا المؤمنون إخوة


"Sesungguhnya orang-orang beriman itu bersaudara"

No comments: