;

Monday, September 5, 2011

Jom Kita Hidupkan Sunnah Rasulullah s.a.w.






Hari ni tercapailah sudah hasrat Ayohngoh nak buat lain dari yang lain dalam iftor jamaie sempena Majlis Khatam Al-Quran & Penutupan Sederap Bersama Al-Quran 2011.

Tahun 2009, peserta-peserta sederap bersama al-Quran pernah berbuka puasa di kawasan letak kereta berhampiran Surau Al-Falihin, SMKAM namun 2011/1432H sedikit kelainan di atur oleh Ayohngoh & rakan taulan khususnya JK Pengelola Sederap Bersama Al-Quran 1432H.

Mana taknya, bukan berbuka puasa di perkarangan surau bahkan makan malam kita makan di kawasan letak kereta, dalam talam lagi.

Tak kira para pelajar, staf sokongan, guru-guru lelaki mahupun perempuan, para tetamu bahkan Tetamu Kehormat pun kita hidangkan dalam talam dan bersimpuh lagi.

Lihatlah keseronokannya:

Suasana berbuka puasa:

Selepas solat maghrib, hidangan talam sedia untuk diagihkan kepada mana-mana kumpulan

Apa lagi masing-masing menjamu selera.

VVIP dan parat tetamu, Selepas tu, giliran para petugas,





Siap bersuap, ala mesranya
Turut menjamah untuk menambil berkat bersama keluarga.

No comments: