;

Monday, August 8, 2011

Tazkirah Ramadhan


عن بن عمر رضى الله عنه قال: قال رسول (ص) لا تُكْثِروا الكلام بغَيرِ ذِكرِ اللهِ فإنَّ كثْرَةَ الكلام بِغَيْر ذكْرِ الله تعالى قَسْوَةٌ للقلبِ وَإنَّ أبْعَدَ النَّاسِ مِن اللهِ القلْبُ ألقاسِىْ
Daripada Ibnu Umar r.a. Bersabda Rasulullah s.a.w.: Janganlah kamu banyak bercakap selain daripada mengingati Allah. Sesungguhnya banyak bercakap tanpa mengingati Allah itu akan menjadikan hati seseorang menjadi keras. Dan sesungguhnya sejauh-jauh manusia daripada Allah itu adalah orang yang berhati keras.
Hadis Riwayat Tarmizi



Hadis di atas menceritakan tentang salah satu penyakit yang bisa menjadikan seseorang itu jauh daripada Allah Subhanahu Wataala bahkan segala amalan yang dikerja sia-sia belaka, kerana ianya dilakukan dengan berpaksikan kepada hawa nafsu bukan semata-mata kerana Allah.



Penyakitnya di sebut sebagai hati batu atau keras hati. Penyakit ini membuatkan seseorang itu langsung tidak mahu mendengar apa-apa nasihat ke arah kebaikan. Mereka merasakan apa yang mereka lakukan adalah betul dan orang lain semuanya salah. Malah, kalau ada orang yang cuba menasihati atau membetulkan dirinya dianggapnya sebagai penyibuk atau pengganggu.



Mungkin ini yang dikatakan Rasulullah s.a.w. dengan sabda baginda,

كم من صائم ليس له من صيامه إلا الجوع والعطش " Berapa ramai orang berpuasa tidak mendapat apa-apa pun daripada ibadah puasa mereka melainkan lapar dan dahaga". Sedang Allah menjanjikan pelbagai rahmah dan maghfirah bagi orang-orang yang berpuasa melalui sabda Rasulullah s.a.w. :

من صام رمضان ايمانا واحتسابا غفر له ما تقدم من ذنبه "Barangsiapa yang berpuasa dalam bulan ramadhan dengan penuh keimanan dan pengharapan akan diampunkan Alah segala dosanya yang telah lalu."

Implikasi Penyakit Keras Hati:

- Tidak mudah menerima nasihat

- Mudah melenting

- Tiada tolak ansur

- Tidak berani menerima kenyataan

- Terputus hubungan dengan Allah, kebaikan & kebajikan hanya pada zahir

- Suka bercakap tentang perkara yang tidak berfaedah bahkan perkara yang

mengundang kepada kufur dan maksiat.


Antara punca penyakit ini adalah:
- Banyak bercakap yang sia-sia.
- Menghabiskan masa dengan benda-benda yang lagha
- Jauh daripada mengingati Allah @ berzikir kepadanya.

- Alpa dengan keasyikan dunia dll.

Cara mengatasinya:

- Memperbanyakan zikrullah

- Menghayati kebesaran & kekuasaan Allah melalui ayat-ayat ala-Quran & Hadis

- Berterusan dalam membaca al-Quran kerana ianya mampu melembutkan dan

menenagkan jiwa.

- Berqiamullail

- Mengambil kesempatan bulan barakah, ramadhanul mubarak sebagai titik permulaan

ke arah perubahan yang hakiki.

- Tingkatkan ilmu pengetahuan tentang agama

- Jinakan diri dengan majlis-majlis ilmu

- Dan banyak lagi.

No comments: