;

Wednesday, August 18, 2010

Semoga Berbahagia Di Tempat Baru

Petang ini, 18 Ogos 2010 pulangnya seorang rakan setugas kami Puan Che Wan Jamaliah Che Wan Yusof ke kampung halaman di Negeri Terengganu untuk menyambung sumbangan bakti buat anak bangsa di negeri sendiri.
Tiada kata yang dapat diucapkan, tiada hadiah yang dapat dipersembahkan selain ucapan terima kasih yang tidak terhingga atas segala usaha dan komitmen yang telah dicurahkan.
Buat Puan Che Wan, sekalung doa kami pohonkan kehadrat Ilahi agar perpindahan ini diberkati dan dirahmati. Juga dipohonkan agar tempat baru menjanjikan seribu kebaikan bagi membina diri agar terus cemerlang dan cemerlang.
Ayohngoh dan keluarga serta rakan-rakan menyusun jari sepuluh memohon kemaafan atas segala keterlanjuran baik disedari mahupun tidak. Semoga berkat Ramadhan dan ibadah puasa 1431H bisa menjadikan kita semua orang-orang yang disifatkan Ilahi melalui ayatNya :

يايها الذين امنوا كتب عليكم الصيام كما كتب على الذين من قبلكم لعلكم تتقون

Juga ucapan terima kasih buat kekandanya al-Fadhil Ustaz Adnan yang pernah menabur bakti di SMK Agama Miri suatu ketika dahulu. Semoga lebih ceria bila adinda ada disebelah.
Tingkatkan usaha gigihkan amal .... bagi yang memahami...

Akhirnya terimalah bingkisan pengubat rindu daripada Ayohngoh...
Ucapan Pengerusi kelab guru di Majlis Perpisahan dengan Puan Che Wan.

Ucapan yang dirai

Ucapan penghargaan dan terima kasih oleh Tuan Haji Fazial Ahmad, Pengetua SMKAM.

Penyampaian hadiah tanda kenang kenangan.

Hadiah disempurnakan lagi dengan penyarungan cincini di jari manis oleh PK Akademik, Cik Hajah Khamsiah Usop.

Bidang kemanusian turut menghargai jasa bakti, disampaikan oleh Puan Ong Guat Pheng.

Tidak ketinggalan hadiah kenang-kenangan daripada JK Sahsiah dan Bina Insan serta Unit Kokurikulum SMKAM. Disampaikan oleh Ketua Bidang Agama, Ustazah Haidawati Abdul hadi.

Bergambar kenang-kenangan.

Salam perpisahan. Setiap mula ada akhirnya, setiap pertemuan ada perpisahan.

Semoga berbahagia selamanya.

Perpisahan diiringi dengan air mata tanda persahabatan setia. Selamat jalan...

Semoga orang sebelah ni semakin sihat...... dan kita jumpa lagi di Teganu Kite.

No comments: