;

Thursday, June 3, 2010

Kisah Bingung & Dilema Berada Di Wad

Aduh, dah 6 hari kami di hospital Miri menemani anak tersayang, Nur Fathiyyah Hayati. Tensionnya bila memikirkan berapa hari lagi dia akan ditahan, esok kah lusa kah along akan keluar. Kesian dengan along yang hampir setiap hari menayangkan ketensionannya melalui isyarat-isyarat yang biasa dibuatnya. Gigit jarilah, meronta-ronta untuk turun dari katillah, mengeluarkan air liurnyalah dan pelbagai reaksi lagi. Kalau Abi dan Ummi tension apatah lagi si along. Tangan kanan bersimen, tangan kiri berplaster dengan tiub untuk memasukan air dan ubat. Katil pula berpagar. 6 jam sekali kena “neb” untuk mencairkan kahak, baru nak terlelap datang jururawat check tekanan darah, baru nak terlelap datang masukan ubat antibiotik, baru nak terlelap datang jururawat bagi ubat panadol dan sebagainya.
Keputusan doktor pula, 5 orang doktor 5 kesimpulan atau keputusan yang dibuat namun satu pun belum dapat disahkan.
Pakar bius kata anak encik ni kahaknya tinggi, kami bimbang nak puas pembedahan takut ada masalah pernafasan dan takut paru-parunya nanti dijangkiti kuman, mungkin akan diberi rehat 2 minggu kemudian datang lagi kita check lagi okay ke tidak. Jadi esok (khamis 3 Jun) boleh balik.
Selepas keluar pakar bius, datang seorang doktor memberitahu kami .” Anak tuan ni belum dapat dapat di bedah kerana ada masalah pernafasan dan kita akan buat secara manual(tarik) dan akan disuntik dengan ubat pelali sahaja.
Sebelah petang datang lagi seorang doktor memberitahu, anak encik ni kita akan tarik tangan dia hari Jumaat. Kita suntik sahaja tanpa bius, takut masalah lain timbul. Kita cuba kalau tak jadi juga, kena operatelah.
Sebelah pagi (khamis) pula seorang doktor dan bertanyakan kami, “Masih batuk ke? Masih, sikit-sikit jawab kami. “Sekarang suruh dia puasa kita akan operate petang ini” kata beliau. “Kan pakar bius kata tak boleh nak operate sebab kahak masih ada, takut kesan pada paru-parunya nanti.” Jelas ummi. “Kita tarik sahaja dan buat pembedahan kecil serta masukan besi, tapi bergantung pada keputusan pakar biuslah.” Jelasnya lagi. “ Semalam, pakar bius kata tak dapat dibedah dan kena rehat selama dua minggu, baru kita tengok boleh bedah ke tidak dan sepatutnya dia kata kami dah boleh pulang hari ni” celah Ayohngoh. “Okaylah kita tengok keputusannya nanti, tapi mulai sekarang puasa dulu”. Jawab doktor.
Sekejap datang lagi doktor yang sama memaklumkan yang pakar bius tidak setuju dengan cadangan mereka dan tak jadi nak tarik petang nanti, sebab takut risiko lebih lagi. Ayohngoh pun bertanya, “So, bila agaknya kami boleh keluar? Mungkin besok hari, jawab doktor berkenaan.”
Sebelah petang, datang lagi salah seorang doktor daripada empat orang doctor tadi membawa kisah baru pula.
“ Esok kita nak buat pembedahan untuk dia, pembedahan kecil sahaja, itu pun lihat keputusanlah jadi ke tidak”. Waduh pening kami dibuatnya.
Kemudian datang lagi doktor yang sama nak ambil darah Along lagi. Cuba punya cuba, cucuk punya cucuk tak dapat-dapat, yang sengsaranya Along menahan kesakitan….


Semasa dilawati adik-adik

Ini rutin Along setiap 6 jam bermula malam kedua sehingga sekarang.

Inilah kisah binggung dan dilema seorang pesakit dan sepasang ibubapa.. Bagaimana perasaan orang yang dah berbulan-bulan ditahan bahkan bertahun pun ada... wal iya zu billah..

Jadi, buat sesiapa yang tak ingin merasainya, jagalah kesihatan anda... jangan lupa bersenam... Jaga pemakanan... Badan Sihat Jiwa Pun Sihat... Kata Pepatah Arab: Akal yang sihat terletak pada badan yang sihat.... fikir-fikirkanlah...

No comments: