;

Friday, September 21, 2012

Aidilfitri 1433H/2012

Aidilfitri 2012 menjanjikan pautan ukhuwwah warga SMKAMi yang sekian lama terputus walaupun insan yang terlibat hanya sebahagian warganya. Kunjungan bekas-bekas pelajar ke rumah guru-guru menandakan hubungan kekeluargaan dalam institusi pendidikan tidak terputus walau dimakan masa dan tempat. Apa lagi kalau masih ada guru-guru yang sudi menziarahi rumah-rumah bekas pelajar walau sudah beberapa ketika anak berkenaan meninggalkan bangku sekolah.
 
Bergambar kenangan selepas kunjungan bekas pelajar
 Kunjungan balas guru-guru ke rumah pelajar di Niah.
Di rumah bekas pelajar dan Guru Besar Bersara Haji Solhi
 
 
 


Wednesday, July 4, 2012

Syaaban Datang Lagi

Alhamdulillah, syukur kehadrat Ilahi, kehadiran syaaban (nisfu syaaban) menggerakkan hati Ayohngoh untuk membuka blog yang dah sekian lama tidak dihirau, kalau ada masa pun asyik ngan fb je.
Malam ni sambutan nisfu syaaban disambut gembira oleh sebahagian insan dengan membaca ayat-ayat suci dalam surah Yasin disamping  menghulurkan doa kehadrat Ilahi agar dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki serta dikuatkan keimanan. Ianya bukan satu kewajipan namun atas rasa keinsafan serta rasa tercabar dengan sahutan Rasulullah s.a.w. agar malamnya dihidupkan sebagaimana malam-malam dua hari raya. Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud: Barangsiapa menghidupkan malam dua hari raya dan malam pertengahan bulan syaaban, maka hatinya takkan mati di ketika hati-hati orang lain mati." Fikir-fikirkan.

Tuesday, February 7, 2012

Olahraga Tahunan SMKAMi 2012

1-3 Februari baru-baru ini telah berlangsung Sukan Olahraga SMKAMi kali ke 23. Alhamdulillah segalanya mendapat restu Ilahi walau ada desas desus yang menyatakan masanya tidak sesuai, terlalu awal, sepatutnya dijalankan pada bulan Jun dan sebagainya.
Apa-apa pun kita ada alasan tersendiri. Paling penting beberapa orang atlit boleh dipilih untuk mewakil sekolah ke MSSM Peringkat Bahagian nanti. Paling seronok komitmen dan kerjasama serta sokongan yang tak berbelah bahagi dari semua warga baik pelajar, guru mahu pun kumpulan pelaksana.
Tahniah dan sekalung penghargaan buat semua. Kerjasama membawa berkat insyaAllah.Meja pendaftaran telah beroperasi lebih awal untuk memberi laluan kepada acara pertama..Encik Franky Wong pelepas paling berpengalaman di SMKAMi1,2,3 Lari... Acara 200 meter dilepaskan.
Acara lompat tinggi juga bermula.
Penjaga masa yang arif lagi bijaksana.Lari-lari juga, kesihatan mesti jaga, kan dah jatuh tu... nasib ada skuad kecemasan.Kehadiran Tuan Pengetua memberi suntikan semangat kepada anak-anak untuk terus berusaha demi kemenangan rumah masing-masing.
Bergambar kenangan bersama pengetua amat di nanti-nantikan
Jom.. kita terbang... salah seorang peserta lompat jauh menunjukan skil tersendiri.Tahniah untuk para pemenang. Yang tidak menang, cuba lagi tahun-tahun hadapan.
Sekalung penghargaan buat semua warga yang telah memberikan komitmen dan kerjasama dalam menjayakan sukan Olahraga Tahunan Kali Ke 23, tahun 2012. Jazakumullahi khairal jaza'.


















Saturday, January 28, 2012

Tahniah Anak-Anak Ku

Tiada ungkapan yang paling sesuai melainkan ucapan TAHNIAH buat anak di Tingkatan 6 Atas (Program Persediaan Universiti) 2012 atas keputusan Ujian MUET tahun 2011. Syabas untuk yang cemerlang dan usaha lagi buat yang ingin memperbaiki keputusan berkenaan. Usaha dan komitmen perlu ditingkatkan. Hanya anda yang tahu keupayaan dan kemampuan diri sendiri dan hanya anda yang mampu melakukan perubahan untuk diri anda bersama tawakkal terhadap Ilahi.
Jangan tunggu lagi, ayuh.... nobatkan kecemerlangan diri sendiri. Orang lain boleh mengapa anda tidak boleh.
Hayati dan renungi:-
إن الله لا يغير ما بقوم حتى يغيروا ما بأنفسهم
Ar Ra'd:11

Keseronokan atas kejayaan dan kemenangan anda akan dikongsi bersama.. insyaAllah.

Buat Renungan

Berkata Ibrahim binAdam:
Seseorang tidak akan mencapai darjat kesolehan kecuali melalui enam rintangan:
i. Menutup pintu kemuliaan dan membuka pintu kehinaan
ii. Menutup pintu nikmat dan membuka pintu kesukaran
iii. Menutup pintu istirahat dan membuka pinti perjuangan
iv. Menutup pintu tidur dan membuka pintu berjaga
v. Menutup pintu kekayaan dan membuka pintu kemiskinan
vi. Menutup pintu harapan dan membuka pintu bersiap-siap menghadapi mati
... renung-renungkanlah...

Thursday, January 26, 2012

أهلا بك يا سيدي

ِAhlan wasahlan wamarhaban bika buat Tuan Haji Roslan Abu Hasan, Tuan Pengetua baru kami ke SMK Agama Miri.
Hilang segala keresahan, selesai segala penantian warga SMKAM yang selama ini menghitung hari, bila, dari mana dan siapa gerangan yang akan mengepalai bahtera SMKAM.
Walau kelicinan perjalanan kapal kami masih terkawal namun dengan ketibaan nakhoda baru ini pasti ianya semakin lancar dan bertenaga, insyaAllah.
Ketibaan mengejut Tuan Pengetua sedikit menghuru-harakan keadaan, namun kecekapan dan kebersamaan warga SMKAM membuahkan hasil yang cukup cemerlang.Kehadiran mu tuan, membawa sinar kegemilangan. Disambut oleh barisan pengurusan sekolah.
Anak-anak pelajar menyambut mesra bakal ayahanda.Kompang dipukul di tengah halaman
Tanda ketibaan insan teristimewa
Kami ucapkan ahlan wasahlan
Khusus buat mu Tuan Pengetua
Diiringi ke bangunan pentadbiran.Tandatangan pengesahan ketibaan diturunkan.
Sesi bersama warga guru dan kumpulan pelaksana SMKAM.Ucapan perkenalan yang amat memberangsangkan warga guru dan kumpulam pelaksana.
Lawatan pertama ke Asrama Putera, tanda keprihatinan tuan pengetua atas keselesaan warga pelajar.
Akhirnya ... wahai..warga SMKAM.... Ayoh.. kita mengatur langkah bersama tuan pengetua kita memartabatkan kecemerlangan dan kegemilangan SMKAM.. insyaAllah.. Kalau bukan sekarang, bila? Kalau bukan kita, siapa?
Juga sekalung penghargaan buat semua warga yang bertungkus lumus dalam melicinkan perjalanan sambutan yang amat bermakna ini. Jazakumullahi khairal jazak.

Wednesday, January 18, 2012

Pendaftaran Tingkatan 1 2012

Ahlan wasahlan wa marhaban bikum jamian buat semua anak-anak pelajar Tingkatan 1 Sesi 2012/1433H. Semoga kehadiran, kesudian anda semua untuk menjadi warga SMKAM akan merancakkan lagi perjalanan menjulang kejayaan SMK Agama Miri, insyaAllah.
Bagi ibubapa yang berjuang untuk memasukkan anak-anak ke SMKA, syabas dan tahniah diucapkan. InsyaAllah perjuangan anda dirahmati dan direstui Ilahi dan insyaAllah pilihan anda akan berpihak kepada anda dalam melahirkan anak-anak yang soleh dan solehan, anak-anak yang akan berjaya dunia dan akhirat insyaAllah.
Juga tahniah dan syabas untuk warga SMKAM yang telah menabur bakti, menghulurkan komitmen dan kerjasama dalam menyambut dan menerima ahli baru sesi 2012. InsyaAllah kerjasama dan sokongan semua pihak bisa merealisasikan segala matlamat dan cita-cita kita, insyaAllah.
Marilah kita sama-sama mengatur langkah untuk kita berusaha dan terus berusaha demi kecemerlangan bersama. Kalau bukan kita siapa? Kalau bukan sekarang, bila?
Gambar-gambar kenangan sepanjang pendaftaran Tingkatan 1, 2012. Saksikan:Penyambut Tetamu tersenyum mesraKaunter senarai semak segala keperluan pendaftaran & pengambilan nombor giliran
Pendaftaran di kelas-kelas bermula mengikut nombor giliran yang diperolehi.Keranamu anak, selagi mak mampu akan mak usahakan demi kebahagiaan mu.
Seterusnya sesi taklimat khas untuk para pelajar yang baru. PK HEM Ustaz Mohd Sopey memulakan bicara.Di sambung dengan ucapan Ustazah Zainab binti Hussin, PK Pentadbiran selaku Pemangku Pengetua.
Para ibubapa yang inginkan sedikit maklumat berkaitan sekolah.